У нас вы можете посмотреть бесплатно Hendak Kutanya Terasa Malu - Uji Rashid (Dari Official MTV Karaoke) или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
Uji Rashid (dilahirkan sebagai Fuziah binti Haroun Al Rashid) merupakan seorang penyanyi dan pelakon wanita dari Malaysia yang sangat terkenal. Beliau pernah menyanyi berpasangan dengan pasangan duetnya D J Dave dan Hail Amir. Insan seni yang bermata galak ini dikurniakan dengan suara manja yang semulajadi serta sinonim dengan gelaran "penyanyi rakaman terbaik” oleh peminat seni tanahair; terutamanya generasi 70an, 80an dan 90an. Pembabitan beliau dalam bidang seni bermula pada zaman persekolahannya iaitu pada awal 60-an. Ketika itu beliau sedang menuntut di sebuah sekolah di Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam di mana beliau melibatkan diri dalam tarian ballet. Apabila beliau berhijrah ke Kuala Lumpur, beliau aktif pula dalam sukan, seni lukis, debat dan seni tari. Akhirnya, atas desakan rakan-rakan sekolahnya, beliau pun menyertai aktiviti tarian untuk pementasan akhir tahun sekolahnya. Biarpun sekadar suka-suka, beliau seterusnya tidak ketinggalan untuk menyertai pertandingan tarian dan pada masa yang sama mula berjinak-jinak dengan teater. Bakat nyanyiannya dikesan oleh Datuk Ahmad Nawab dan berikutan dengan galakan yang diterima daripada penggubah lagu terbabit, beliau berjaya merakamkan 2 ep, 2 album solo, 2 album duet bersama Hail Amir, 3 lagu duet bersama D J Dave dan 2 lagu hari raya satu darinya juga berduet bersama Hail Amir serta 4 lagu untuk OST filem Menanti Hari Esok (2 solo, 2 duet bersama Hail dan Dave). Uji Rashid dianggap sebagai bintang idola yang menjadi ikutan ramai, khususnya pada era 70an. Popularitinya satu fenomena. Tahun 80an menyaksikan Uji Rashid peneruskan perjalanan seninya bersama syarikan rakaman WEA, CBS dan Sinar Music di samping aktif berlakun filem dan drama TV. Di akhir 90’an Uji Rashid kembali bersama EMI dan telah merakamkan 2 album iaitu sebuah album solo dan satu lagi album duet, juga bersama Hail Amir dan Datuk Ahmad Nawab. Turut dirakamkan ketika itu ialah sebuah lagu khas untuk bulan Ramadan - Dengan Bismillah. Diskografi bersama EMI (Malaysia) Sdn Bhd 1. Tangisan Semalam - EP 2. Semakin Hari Semakin Sayang - EP 3. Ku Kekosongan - LP 4. Kali Terakhir Kulihat Wajahmu - LP 5. Antara Matamu Dan Mataku (duet bersama Hail Amir) - LP 6. Hujan (duet bersama Hail Amir - LP 7. Bergembira Di Hari Raya (various artists) - LP 8. Menanti Hari Esok (OST) - EP 9. Bukan Terpaksa - CD 10. Melayu Klasik (bersama Hail Amir & Datuk Ahmad Nawab) CD 11. Sajian Puasa Raya (kompilasi) CD Kalau dah tengok, jangan lupa LIKE & SUBSCRIBE! Follow Universal Music Malaysia on Instagram : / universalmusic_my Facebook : / universalmuzikmy Twitter : / umdomestic Youtube : / @getarannostalgia #getarannostalgia #ujirashid