У нас вы можете посмотреть бесплатно LOMAK SALAI PORT MASAK LOMAK SALAI PADU DI TAMPIN NISMILAN‼️ или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
Tekak korang nak makan masakan lomak salai tetapi nak jauh sikit dari Kuala Lumpur dan mempunyai konsep urban dan klasik. Lokasinya terletak kira-kira 2 jam perjalanan dari Kuala Lumpur, iaitu di Tampin, Negeri Sembilan. Para penggemar masakan tradisi Negeri Sembilan terutamanya menu Gulai Masak Lemak Salai menjadikan cuti hujung minggu bersama keluarga sebagai peluang untuk ‘menyerbu’ Restoran Lomak Salai ‘Ala IKEA’ yang terletak di Bandar Tampin. Uish! Tak sangka kali ini makanan melayu tradisional pon menggunakan konsep ambil makanan seperti di Ikea terdapat di Tampin, Negeri Sembilan. Disediakan trolley untuk letak makan kemudian bayar di kaunter, ruang makan luas dan selesa. Pelbagai juadah makanan seperti masakkan kampung, sambal, ikan bakar, lauk salai, pencuci mulut dan lain- lain yang pastinya makanan kampung lah yang paling menyelerakan. Restoran yang menawarkan pelbagai masakan tradisional Negeri Sembilan ini menjadi tarikan ramai penggemar makanan dari luar negeri ini kerana konsep kontemporari ‘ala IKEA’ yang ditampilkannya. Sebelum restoran ini dibangunkan, kawasan ini adalah kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Bandar Tampin yang menjadi persinggahan orang ramai yang mahu menuju ke arah selatan seperti Melaka dan Johor jika tidak menggunakan lebuh raya. Selain menawarkan pelbagai menu menarik dari lauk sehinggalah pencuci mulut, restoran ini juga mempunyai tempat duduk yang luas dan selesa serta menyediakan kemudahan yang kondusif seperti tandas dan surau yang bersih untuk para pengunjungnya. Restoran Lomak Salai ini beroperasi setiap hari kecuali Rabu bermula jam 11.00 pagi sehingga jam 5.00 petang. 📍Lomak Salai Lomak Salai, Jln Seremban - Tampin, 73000 Tampin, Negeri Sembilan #lomaksalai #restoranlomaksalai #tampin #n9 #foodreview #foodie #n9foodie #negerisembilan #foodhunting #food #foodporn #masakansalai #masakankampung #masakannegerisembilan #masaklemakciliapi #jalanjalancarimakan #makananviral #makan #makansedap #2023 #visitnegerisembilan #negerisembilan #vlog #masaklemak #fypシ゚viral #fypシ゚viral #fy #review #staycation #travel #travelvlog #travelling #anekasalai #jjcm #portmakansedap #portmakan #portmakansedapdin9 #cuticutimalaysia #cuticuti #percutian #cuticutinegerisembilan #schoolholidays #viral #viralfood