У нас вы можете посмотреть бесплатно Azam Baki Tak Paham Tentang Saham & Modal Berbayar? или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
𝗔𝗭𝗔𝗠 𝗕𝗔𝗞𝗜 𝗧𝗔𝗞 𝗣𝗔𝗛𝗔𝗠 𝗧𝗘𝗡𝗧𝗔𝗡𝗚 𝗦𝗔𝗛𝗔𝗠 𝗗𝗔𝗡 𝗠𝗢𝗗𝗔𝗟 𝗕𝗘𝗥𝗕𝗔𝗬𝗔𝗥? Saya terduduk baca penerangan Tan Sri Azam Baki mengenai kontroversi pemilikan saham beliau yang melanggar peraturan. Media melaporkan salah satu alasan beliau, iaitu: “ …Azam menjelaskan pembelian saham terdahulu tidak melibatkan modal berbayar, sebaliknya dibuat melalui pasaran terbuka….” seperti yang dilaporkan Sinar Harian hari ini. Saya tak pasti yang mana satu ni: Sama ada Tan Sri Azam Baki tidak faham peraturan penjawat awam seperti di dalam Pekeliling Perkidmatan Bilangan 3 Tahun 2020 yang menghadkan pemilikan saham kepada maksima RM100,000 Sama ada beliau tidak faham konsep saham Sama ada beliau terkeliru dengan saham dan modal berbayar Peraturan penjawat awam itu jelas. Penjawat awam tidak boleh memiliki saham melebihi RM100,000 dalam mana-mana syarikat. Sebabnya masuk akal. Kalau penjawat awam ada saham yang besar dalam sesuatu syarikat, timbul persoalan dari mana dia dapat wang untuk membeli saham-saham itu dengan gaji penjawat awam. Lebih berbahaya lagi, timbul pertembungan kepentingan atau conflict of interest kerana ada keputusan-keputusan awam atau penguatkuasaan yang boleh dipengaruhi oleh kepentingannya di dalam syarikat atau industri tertentu. Cuma yang saya tak leh brain ni macam mana seorang Ketua Pesuruhjaya SPRM, yang mengendalikan siasatan dan pendakwaan kes-kes kolar putih yang melibatkan traksasi saham dan kewangan kompleks, seolah-olah terkeliru mengenai maksud saham. Bila beliau sebut pembelian saham-saham itu dari pasaran terbuka dan tidak melibatkan modal berbayar, ia memberi gambaran yang pada pemahaman beliau, beli saham syarikat senaraian awam di pasaran terbuka itu bukan modal berbayar. Apa-apa saham itu modal berbayar la Tan Sri! Bagi syarikat sendirian berhad, syarikat menerbitkan saham kepada rakan-rakan kongsi yang memegang saham. Bila rakan kongsi beli saham, itu bermakna mereka suntik modal berbayar ke dalam syarikat sendirian berhad itu. Bagi syarikat yang lebih besar, mereka dibenarkan menerbitkan saham untuk mengumpul modal berbayar di pasaran terbuka iaitu Bursa Kuala Lumpur. Bila Tan Sri Azam Baki beli saham syarikat-syarikat senaraian awam ini melalui pasaran terbuka, maknanya dia memiliki sebahagian syarikat-syarikat ini dan sahamnya itu telah menjadi modal berbayar syarikat-syarikat ini. Takkan itu pun tak paham Tan Sri? Mungkin lebih baik Tan Sri Azam Baki bercuti dahulu untuk pergi balik ke kelas dan memahami mengenai saham. Bimbang saya macam mana Tan Sri nak mengemudi SPRM yang kena siasat pasal macam-macam salahlaku yang melibatkan saham ni.