У нас вы можете посмотреть бесплатно VIRAL NEWS🇲🇾 I Siap Ada Label Tarikh & Senarai Bahan, Usaha Peniaga Di Bazar Ramadan Labuan Dipuji или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
Satu inisiatif peniaga kecil di Labuan kini meraih pujian ramai apabila meletakkan label lengkap pada setiap bungkusan juadah yang dijual Menerusi hantaran di Facebook rasmi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan WP Labuan, mereka berkongsi usaha positif peniaga tempatan yang disifatkan sebagai satu penanda aras baharu dalam landskap perniagaan jalanan. Menurut mereka, penggunaan label maklumat bukan sekadar hiasan, sebaliknya mencerminkan amanah dan tanggungjawab peniaga dalam memastikan ketelusan ramuan, tempoh kesegaran serta keselamatan makanan kepada pengguna. Malah, berdasarkan gambar yang dikongsikan, setiap juadah dilengkapi maklumat terperinci seperti nama dan alamat pembekal, nombor telefon, tarikh dibekalkan, senarai bahan pembuatan serta waktu selamat untuk dimakan. Walaupun ada yang mungkin menganggap perkara tersebut remeh bagi makanan berharga murah, namun BKKM Labuan menegaskan langkah kecil itu memberi impak besar kepada keselamatan orang ramai "Benda kecil di tangan penjual, tapi impaknya besar untuk keselamatan orang ramai. Terima kasih kepada peniaga kecil yang peka dengan label makanan! Anda hebat!" tulisnya. Dalam masa sama, pihak BKKM turut menggalakkan peniaga lain untuk mula menyediakan label makanan, bukan hanya untuk memenuhi kriteria ditetapkan, tetapi sebagai tanda tanggungjawab terhadap pelanggan. Tidak kurang juga yang menyamakan label tersebut dengan produk di pasar raya kerana tampil kemas dan profesional. Selain itu, inisiatif itu dilihat sangat membantu terutama kepada individu yang mempunyai alahan makanan kerana boleh menyemak kandungan bahan sebelum membeli.