У нас вы можете посмотреть бесплатно Resepi kuih raya tradisi | Biskut DAM | mudah dan sedap. или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
Resepi kuih raya tradisi biskut dam. Hi semua kali ni Malaykitchen nak berkongsi satu resepi kuih raya yang menarik iaitu biskut dam. Manja percaya memang kita selalu jumpa dan makan biskut ni. Ada banyak cara sebenarnya nak hasilkan corak dam, kali ni Manja tunjukan salah satu daripadanya. Hasilnya kuih raya biskut dam yang cantik dan rasa pun sedap. Jom masuk dapur. Bahan-bahan resepi kuih raya biskut dam : 250gram mentega 140 gram gula aising 1 biji kuning telur gred B 1 sudu teh esen vanilla 280 gram tepung gandum 50 gram tepung ubi 50 gram tepung jagung 15 gram serbuk koko Cara-cara : 1. Pukul mentega dan gula aising sehingga sebati. 2. Kemudian masukan kuning telur dan esen vanilla. Gaul sebati. 3. Ayak tepung gandum, tepung ubi dan tepung jagung dan masukan ke dalam bekas adunan mentega tadi. Kacau sebati sehingga membentuk doh. 4. Bahagi doh kepada 2 bahagian. 5. 1 bahagian dimasukan serbuk koko. Gaul sebati dan rata. 6. Kedua-dua doh bentukan kepada blok memanjang dan balut dengan kertas baking. Masukan dalam peti sejuk selama 30 minit. 7. Kemudian potong doh masing-masing kepada 3 bahagian. Swap(tukar) bahagian tengah dengan doh berlawanan. 8. Selepas itu potong lagi kepada 3 bahagian untuk 2 set tersebut. Swap (tukar) sekali lagi bahagian tengah dengan set berlawanan. 9. Kemudian boleh potong kecil (1cm) untuk kedua-dua set dan susun di atas dulang pembakar yang sudah dioles dengan mentega. 10. Bakar pada suhu 160 darjah selama 25 minit. Music by : Suasana Hari Raya Cover by Hendrisaputra present • SUASANA HARI RAYA COVER | GUITAR INSTRUMEN... Mohon Follower MALAY kitchen SUBSCRIBE Youtube kami : / malaykitchen Telegram MALAY kitchen : https://t.me/malaykitchen #malaykitchen #biskutraya #resepikuihraya