У нас вы можете посмотреть бесплатно Sumpahan Orang Minyak (1958) Full Movie Melayu HD или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
Filem Sumpah Orang Minyak mula ditayangkan pada 20 April 1958. Filem ini diarahkan oleh P. Ramlee dan diterbitkan oleh Malay Film Productions Ltd. Ia diterbitkan di Singapura, ketika itu sebahagian daripada Persekutuan Tanah Melayu, pada tahun 1958. Filem Sumpah Orang Minyak diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna. Sinopsis Kisah berlaku pada tahun 1901 di sebuah kampung yang bernama Tualang Tiga. Si Bongkok hidup tersisih daripada penduduk kampung kerana rupanya yang hodoh. Walaupun begitu, dia seorang yang berhati mulia dan pandai pula melukis. Si Bongkok begitu kecewa dengan nasib dirinya lalu mempersoalkan takdir. Tanpa disedarinya, dia telah di bawa ke alam bunian dan diberi peluang untuk meminta apa sahaja. Si Bongkok meminta untuk menukar rupa hodohnya itu menjadi cantik, tetapi dia diberi satu syarat, iaitu dia mesti bersumpah untuk tidak membunuh sesama manusia. Setelah dikembalikan ke tempat asalnya, Si Bongkok terpaksa menempuh ujian Tuhan yang maha berkuasa. Si Bongkok tidak dapat melawan perasaannya yang dicabar, dan akibatnya telah melakukan suatu pembunuhan. Kerana melanggar sumpahnya, kecantikan Si Bongkok tidak dapat lagi dilihat oleh manusia. Dia menjadi halimunan, lalu muncullah pula syaitan yang menawarkan janji palsu untuk membantunya. Si Bongkok terpaksa menjadi orang minyak dan memperkosa 21 orang gadis dalam masa tujuh hari, selain mengaku bahawa syaitan adalah tuhan.