У нас вы можете посмотреть бесплатно Tun M: Apa hak PAS nak kata saya kafir? или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
Kata Tun Dr Mahathir sebelum ini PAS menganggap Umno 'kafir' kerana boleh bekerjasama dengan orang bukan Islam namun mereka kemudian menjalin persefahaman dengan DAP - sebuah parti pelbagai kaum di atas kertas namun didominasi masyarakat Cina. "Dia kafirlah (sebab bekerjasama dengan DAP). Lepas tu dia Islam balik (kerana memutuskan hubungan dengan DAP), lepas tu dia kafir balik. Sekarang ni nak Islam balik," katanya. Sikap itu kata Dr Mahathir berlaku disebabkan PAS mentafsir Islam "mengikut kepentingan politik" parti berkenaan. Justeru kata Dr Mahathir PAS memusuhinya kerana menganggap parti berkenaan tidak beramal dengan ajaran sebenar Islam. "Kalau PAS guna Islam dengan cara yang betul, OK-lah. tapi bila kata saya ni kafir, apa hak dia nak kata saya kafir? Dalam al-Quran dilarang, tak boleh mangkafirkan orang Islam melainkan saya ni sembah berhala (atau perbuatan seumpamannya). "Saya mengucap macam orang Islam lain. Kita mungkin kurang beramal sedikit di sana sini, berdosa banyak, tapi masih Islam, tak boleh kata kafir. "Tapi PAS mengkafirkan orang sehingga sanggup mengkafirkan ibu bapa, sanggup hingga cuba bunuh orang bukan Islam. Itulah yang berlaku di Memali. "Memali berlaku kerana ajaran dari Amanat Haji Hadi yang berkata bahawa kalau mereka mati cuba nak menjatuhkan kerajaan kafir ini, mereka mati syahid," katanya. Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu ditemui wartawan Malaysiakini dalam temu bual eksklusif di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya Rabu lalu.