У нас вы можете посмотреть бесплатно NAK JIMAT BAJA SAYUR | PBL SAINS T4 KSSM или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
AKTIVITI 4.2 BP 4 Memahami isu sosiosaintifik dalam pengurusan sisa dan sisa air. Pelajar mengaplikasikan Teknologi Hijau dalam mengururuskan isu sosiosaintifik bagi sektor ini dan membuat persembahan multimedia. Objektif Menghasilkan larutan eko-enzim dengan mengolah sisa domestik melalui proses fermentasi. Latar Belakang Setiap hari sisa domestik dihasilkan dengan banyak. Jika sisa domestik (khususnya bahan organik) tidak diuruskan dengan baik, ia akan menjadi timbunan sampah yang menggunakan ruang yang besar dan berbahaya pada kesihatan. Sisa domestik seperti kulit buah-buahan, ubi kentang, bawang dan sayur-sayuran boleh dijadikan eko-enzim. Penghasilan eko-enzim ini dapat membantu mengurangkan pembuangan sisa domestik seterusnya mengurangkan kesan pemanasan global. Sisa domestik yang terdiri daripada bahan organik boleh diolah menjadi eko-enzim yang sangat berguna serta dapat membantu mengatasi masalah alam sekitar. Konsep TH yang terlibat dalam aktiviti ini ialah Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa di bawah kategori Rawatan dan Pemprosesan menerusi Proses Biologi iaitu fermentasi. Di akhir aktiviti, murid akan menghasilkan larutan eko-enzim. Bahan dan Peralatan i. 100 g Gula merah ii. 1 L Air iii. 300 g Sisa domestik (contohnya kulit limau) iv. 1 unit Bikar 1.5 L v. 1 unit Botol plastik 1.5 L Kaedah i. Permulaan • Murid menonton video bertajuk “What can we do with food waste”. • Murid membincangkan soalan-soalan berikut: o Apakah masalah utama yang ditunjukkan dalam video tersebut? o Apakah yang berlaku apabila sisa domestik (sisa makanan) jika tidak diurus dengan sewajarnya? o Apakah gas yang terhasil daripada sisa domestik contohnya kulit limau atau baki sayur-sayuran? o Apakah kesan gas yang terhasil itu terhadap alam sekitar? o Bolehkah sisa domestik diolah menjadi larutan eko-enzim? Jelaskan. ii. Pembentukan Kumpulan • Murid membentuk kumpulan yang terdiri daripada 3-4 orang dalam satu kumpulan. iii. Pelan Projek • Murid perlu membuat pembahagian tugas dalam kumpulan, sebagai contoh: melantik ketua kumpulan, pencatat dan sebagainya. • Murid perlu membuat pelan projek. • Murid ditugaskan untuk mencari maklumat berkenaan penghasilan larutan eko-enzim daripada sisa domestik menggunakan sumber seperti internet dan buku. • Murid perlu berkongsi idea dan melakarkan carta alir proses projek dengan menggunakan bahan dan peralatan yang disediakan. • Murid berbincang dan menyenaraikan kaedah yang sesuai bagi melaksanakan projek serta tempoh masa pelaksanaan. • Kaedah yang dipilih haruslah menepati Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa di bawah kategori Rawatan dan Pemprosesan melalui Proses Biologi. • Murid perlu menghasilkan satu kertas kerja sebelum melaksanakan projek. iv. Tugasan Projek • Murid melaksanakan aktiviti mengikut pelan projek. v. Pembentangan Hasil Kerja (Produk) • Murid menulis laporan aktiviti dengan menggunakan format berikut: o Tajuk o Bahan / Peralatan o Prosedur o Pemerhatian o Analisis Pemerhatian o Kesimpulan • Murid secara berkumpulan membentangkan projek yang dihasilkan. • Murid membuat refleksi terhadap projek yang dijalankan.