У нас вы можете посмотреть бесплатно VIDEO PERSARAAN CIKGU NORBAYA BINTI ISMAIL или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
Puan Siti Norbaya Binti Ismail Dilahirkan pada 7 Mac 1968 di Kg Sungai Duri, Sungai Bakap, Seberang Prai Selatan, Pulau Pinang. Merupakan anak kepada pasangan Ismail Bin Abdul Samad dan Che Amah Binti Mohd Noh. Beliau adalah anak kedua daripada lapan adik beradik. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kuala Ketil dan melanjutkan pelajaran ke peringkat sekolah Menengah di SMK Kuala Ketil dari tahun 1981-1985. Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang pada tahun 1985-1989. Beliau melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana muda dalam bidang Pendidikan pada tahun 2011- 2015 di IPG Sultan Abdul Halim, Sungai Petani. Pada tanggal 10/05/1990 beliau telah menamatkan zaman bujang dengan pasangan hidupnya iaitu Hj Abdul Latiff Bin Zakaria. Oleh itu, hasil dari perkongsian hidup beliau telah di kurniakan dengan 4 orang cahaya mata iaitu 2 orang putera dan 2 orang puteri. Pernah berkhidmat di beberapa buah sekolah iaitu : 1. 1989 – Sk Kuala Ketil 2. 1990- Sk Teloi Timur 3. 1993- Sk Keramat 2 4. 1994- Sk Teloi Timur 5. 2009 - 2024 Sk Kuala Ketil Alhamdulilah telah dapat menunaikan Rukun Islam yang kelima bersama dengan suami tercinta pada tahun 2017. Keterampilan beliau dalam bidang pendidikan telah membawa kepada penganugerahan iaitu: 1. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, 1998 2. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, 2006 3. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, 2013 4. Anugerah Guru Inovatif Sekolah Rendah (kategori individu), 2009 5. Jurulatih pusat kokurikulum negeri Kedah 6. Guru Penasihat Kelab Pencinta Alam peringkat Kebangsaan 7. Pembentang Kertas Kerja (Poster) di Seminar Penyelidikan IPGM Zon Utara 2009. Kini beliau telah menetap di Kampung Padang Kulim, Kuala Ketil, Kedah. Gemar mengisi masa lapang dengan aktiviti berkebun, mengait, berkelah, memancing, membaca novel. Setelah 34 tahun mengerah keringat mencurah bakti maka pada hari ini tamatlah sebuah perjalanan yang panjang dalam dunia pendidikan. Hilangmu tiada pengganti, Hanya tinggal kenangan abadi, Terima kasih jasa di beri, Akan kami semai di hati. Nona manis nama timangan, Kecil molek senyuman menawan, Jasa baktimu sentiasa dikenang, Budi baikmu kekal diingatan Melati kuntum tumbuh melata, Sayang merbah dipohon cemara, Akhir kalam penyudah kata, Moga bahagia di alam pesara.