У нас вы можете посмотреть бесплатно Ops HRA 2026: Dron JPJ sudah rakam 2,384 kesalahan или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) merekodkan 2,384 rakaman kesalahan lalu lintas menerusi penggunaan dron sepanjang tiga hari pelaksanaan Ops Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2026 yang bermula 16 Mac membabitkan empat kesalahan utama. Pengarah Kanan Penguat Kuasa JPJ, Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan berkata, empat kesalahan utama yang dikenal pasti sebagai punca kemalangan jalan raya iaitu memotong di garisan berkembar, tidak mematuhi lampu isyarat, memotong barisan atau memotong kenderaan dari sebelah kiri, serta menggunakan lorong kecemasan. Katanya, kesalahan paling tinggi yang direkodkan ialah memotong di garisan berkembar iaitu sebanyak 715 kes, diikuti tidak mematuhi lampu isyarat (627 kes), memotong barisan atau memotong kenderaan dari sebelah kiri (539 kes) dan menggunakan lorong kecemasan (503 kes). Mengulas lanjut, Muhammad Kifli berkata, penggunaan dron berkeupayaan tinggi adalah bagi menyokong operasi penguatkuasaan, khususnya di lokasi hotspot yang dikenal pasti. Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media selepas Ops Khas Motosikal Sempena HRA 2026 di Akademi JPJ Wilayah Timur, di Kota Bharu, malam 19 Mac. ----- #HMETRO #METROTV ▪️ Berita terkini di http://www.hmetro.com.my