У нас вы можете посмотреть бесплатно Usahawan Benih Bawang Merah MARDI или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
En. Shahrizal Denci, usahawan benih bawang merah di bawah bimbingan MARDI, kini muncul sebagai pengeluar utama varieti bawang merah BAW-2 di Sabah. Beliau pada mulanya hanya memulakan penanaman di kawasan seluas 0.5 ekar dengan hasil 4 metrik tan. Kejayaan itu menjadi pemangkin untuk memperluaskan kawasan tanaman kepada 5 ekar, yang seterusnya menghasilkan sebanyak 20 metrik tan berat kering dalam tempoh dua musim penanaman. Berbekalkan pencapaian tersebut, En. Shahrizal kini sedang giat mengembangkan lagi kawasan penanaman kepada 40 ekar. Usaha ini dijangka dapat meningkatkan kapasiti pengeluaran benih bawang merah tempatan sekali gus menyokong inisiatif negara dalam mengurangkan kebergantungan terhadap import. Ketua Pengarah MARDI, Dato' Dr. Haji Mohamad Zabawi Bin Abdul Ghani melalui Pengarah MARDI Sabah, Dr. Helda Souki, menzahirkan penghargaan atas kejayaan yang dicapai oleh En. Shahrizal. Beliau menyatakan bahawa usaha tersebut membuktikan penanaman bawang merah di Sabah berpotensi besar untuk dikembangkan secara komersial. Katanya, kejayaan memperluaskan kawasan tanaman daripada 0.5 ekar kepada 40 ekar merupakan satu pencapaian penting yang boleh menjadi pemangkin keterjaminan makanan negara. #betterMARDI #MARDIBerinovasi #penerajuinovasiagroteknologi #CukupDanTerjamin #MalaysiaMadani #TaatSetia #RealisasiReformasi