У нас вы можете посмотреть бесплатно Nasi Dagang Kelantan vs Terengganu: Apa Bezanya? | Street Food Kelantan или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
📍Lokasi » Lot 1130, Jalan Guchil Bayam, Kampung Darat, 15200 Kota Bharu, Kelantan ⏰ Waktu Operasi » Sabtu hingga Khamis, 7:00 pagi hingga 1:00 tengah hari ☎️ Nombor Telefon » 019-997 8816 Seawal jam 4 pagi, dapur Yatiey Nasi Dagang sudah berasap. Nasi dikukus dua kali, digaul dengan santan, bawang merah, halia, dan halba, menghasilkan aroma nasi dagang asli Kelantan yang diwarisi turun-temurun. Kedai ini mula diasaskan oleh arwah ibu sekitar tahun 2006, sebelum diambil alih oleh Pn Yatiey pada 2018. Kini bersama suaminya dan 7 orang pekerja, mereka terus mengekalkan resepi arwah mak yang istimewa. Keunikan nasi dagang Yatiey ialah gulai ikan tongkol (ikan aya) yang tidak menggunakan rempah seperti versi Terengganu – lebih dikenali sebagai gulai darat atau gulai kunyit. Nasi dagang di sini juga tidak disertakan acar dan sambal, menjadikannya satu identiti tersendiri. #streetfood #streetfoodkelantan #nasidagang #cuticutimalaysia Destinasi TV adalah saluran digital yang mempersembahkan dokumentari mini mengenai kepelbagaian budaya, sejarah, dan tarikan tempatan di Malaysia. Kami membawa penonton menjelajahi keunikan makanan tradisional, kraf tangan yang memukau, dan pelbagai aspek budaya yang memperkaya warisan Malaysia. Setiap kisah kami sampaikan dilengkapi dengan penceritaan yang mendalam dan visual yang menarik, menjadikan setiap episod bukan sekadar tontonan, tetapi pengalaman yang mendidik dan menginspirasi.