У нас вы можете посмотреть бесплатно CIKGU CHANDRA DAKWA DIVGUT LAGI, LIBATKAN BEKAS AHLI POLITIK или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
CIKGU CHANDRA DAKWA DIUGUT BEKAS AHLI POLITIK Kediaman aktivis S Chandrasegaran atau lebih dikenali sebagai Cikgu Chandra sekali lagi diserang dan menerima ugutan daripada bekas ahli politik yang juga pempengaruh media sosial pagi ini. Cikgu Chandra berkata, kejadian berlaku jam 8.15 pagi tadi apabila lelaki terbabit bersama beberapa individu lain datang ke rumahnya dan membuat ugutan. Kejadian berlaku hampir setengah jam apabila mereka bertindak agresif dan melakukan provokasi. Bagaimanapun keadaan terkawal kerana polis pun menjaga kawasan perumahan saya bagi mengelak insiden tidak dikenali terjadi Harian Metro semalam melaporkan Cikgu Chandra tetap akan tinggal di kediaman terbabit dan tidak akan berpindah. Polis turut membuka dua kertas siasatan berhubung insiden khianat serta ugutan jenayah membabitkan Cikgu Chandra di perumahan Taman Kinrara, Puchong dekat sini pada 9 Mac lalu dan kelmarin. Ketua Polis Selangor, Shazeli Kahar dilaporkan berkata, bagi insiden pertama siasatan dijalankan mengikut Seksyen 427 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat serta ugutan jenayah. Bagi insiden kedua pula, kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan berhubung kejadian khianat dengan api yang membabitkan kenderaan di lokasi sama.