У нас вы можете посмотреть бесплатно Colours Of Malaysia - JKKN PERAK ( Konsep Lagu Tradisional) или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
Konsep tarian dan lagu lagu tradisional Tarian - Selamat Datang Ke Negeri Perak Sebuah tarian yang mengalu-alukan kedatangan pelancong untuk datang ke negeri Perak. Lirik yang menerangkan tempat-tempat yang menarik untuk dilawati, hasil kraftangan serta keindahan budaya yang ada di negeri Perak. Band Muzik - Kaparinyo Tarian - Sri Dabus Tarian ini bercirikan kepahlawanan. Kini tarian dabus hanya ditarikan mengikut ragam yang dilahirkan oleh penari dabus dahulu tetapi tidak membuat aksi yang mencederakan tubuh badan. Mereka hanya membuat aksi mencucuk lenggan iaitu langkah pahlawan dan beberapa langkah tarian dabus seperti lang sewah, langkah tiga, ketinting dan mengirih Band Muzik - Bunga Ros Tarian - Lenggok Bertingkah Tarian ini berasal dari Istana Perak. Ia dipersembahkan semasa keramaian Istana. Tarian ini banyak dipengaruhi oleh tarian yang ada terdapat di Acheh, Indonesia dan dikembangkan di negeri Perak. Ia ditarikan oleh penari-penari perempuan yang hanya duduk menari di atas tilam kekabu (pelapik) pada zaman dahulu. Semasa menari, penari-penari akan melenggok-lenggokkan badan serta menggerakkan tangan seiring dengan iringan paluan Rebana Perak. Pemuzik akan memukul rebana sambil berzikir/berzanji. Band Muzik - Dondang Dendang Jom Terokai Negeri Perak - Sebuah tarian yang mengalu-alukan kedatangan pelancong untuk melancong ke negeri Perak dengan melihat keindahan semulajadi dan warisan negeri. Negeri Perak merupakan sebuah negeri bertuah yang memiliki pelbagai tempat warisan dan tempat pelancongan untuk dilawati. Terdapat juga pelbagai adat budaya masyarakat negeri yang diamalkan oleh setiap etnik yang hidup aman dan makmur bersama. Selain itu, pelbagai produk kesenian dan warisan boleh didapati di negeri Perak seperti kraftangan dan masakan tradisional.