У нас вы можете посмотреть бесплатно KEJADIAN DI SUNGAI UDANG, MELAKA‼️ или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
LELAKI M4UT DITIK4M KERANA TUNTUT TELEFON BIMBIT Seorang lelaki maut selepas ditikam dalam pergaduhan dipercayai berpunca daripada telefon bimbit dalam kejadian di Kampung Sungai Udang di sini pada Rabu malam. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu sekitar jam 8.30 malam membabitkan mangsa berusia 25 tahun dan suspek lelaki berusia 44 tahun. Menurutnya, siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila suspek datang ke rumah mangsa untuk mengambil semula telefon bimbit miliknya yang sebelum ini diserahkan kepada mangsa kira-kira seminggu lalu. Pertemuan antara kedua-dua mereka dipercayai mencetuskan pertengkaran sebelum berlaku pergaduhan. Ketika kejadian, abang mangsa yang berada berhampiran menyaksikan kedua-duanya sedang bergelut sebelum mangsa ditikam Terdahulu, tular di media sosial gambar mangsa dalam keadaan terlentang selepas dipercayai ditikam suspek menerusi video berdurasi 2.51 saat yang memaparkan suspek ditahan orang awam dalam sebuah kereta Hyundai Atos. Beliau berkata, pemeriksaan awal mendapati terdapat sekurang-kurangnya tiga kesan tikaman di bahagian dada kiri, dipercayai menggunakan parang. Katanya, selepas kejadian suspek bertindak melarikan diri dengan menyembunyikan diri dalam sebuah kereta milik orang awam di kawasan rumah kedai dianggarkan 300 meter daripada lokasi kejadian sebelum berjaya diberkas. Christopher berkata, semakan awal turut mendapati mangsa dan suspek mempunyai rekod lampau berkaitan kes jenayah dan dadah. Tambahnya, siasatan lanjut masih dijalankan mengenal pasti punca sebenar kejadian dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.