У нас вы можете посмотреть бесплатно Pastel Memories, Lasting Gratitude" In Honor of dato' Nara Setia или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
Terengganu Inc dengan penuh rasa hormat dan penghargaan telah mengadakan Majlis Perpisahan bagi meraikan Mantan YB Setiausaha Kerajaan Terengganu, merangkap Ahli Lembaga Pengarah Terengganu Inc, YB Dato’ Nara Setia, dalam sebuah majlis “Pastel Memories, Lasting Gratitude” yang berlangsung di Villapadu, Serada. Majlis tersebut diadakan sebagai tanda penghormatan dan penghargaan di atas jasa, sumbangan serta khidmat bakti YB Dato’ Nara Setia sepanjang perkhidmatan beliau dalam perkhidmatan awam, khususnya kepada pembangunan dan tadbir urus Negeri Terengganu. Turut hadir memeriahkan majlis ialah YB Dato’ Haji Mohd Azmi bin Mohamad Daham, Setiausaha Kerajaan Terengganu, YBrs. Ustaz Haji Mohd Nazri bin Chik, Ahli Lembaga Pengarah Terengganu Inc, dan YBhg. Dato’ Burhanuddin Hilmi bin Mohamed @ Harun, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Terengganu Inc, serta ketua-ketua syarikat Kumpulan Terengganu Inc. YB Dato’ Nara Setia telah menamatkan perkhidmatan beliau secara rasmi pada 10 Januari 2026 setelah mencurahkan khidmat bakti selama hampir 35 tahun dalam perkhidmatan awam. Terengganu Inc merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih YB Dato’ Nara Setia di atas segala jasa dan pengorbanan sepanjang menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri juga sebagai Ahli Lembaga Pengarah Terengganu Inc, serta didoakan agar YB Dato’ Nara Setia sentiasa dikurniakan kesihatan, kebahagiaan dan kesejahteraan dalam meniti fasa kehidupan yang baharu.