Русские видео

Сейчас в тренде

Иностранные видео


Скачать с ютуб Kota Kinabalu Sabah в хорошем качестве

Kota Kinabalu Sabah 2 месяца назад


Если кнопки скачивания не загрузились НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru



Kota Kinabalu Sabah

Kota Kinabalu Sabah 10 Disember 2024 - Jalan ke pasar malam Sinsuran untuk cari makan malam bersama famili. Saya perasan ramai pelancong Korea makan seafood di sini. Biasanya pelancong Korea suka makan di gerai non-muslim kerana mereka akan pesan minuman keras dalam tin. Kadangkala pelancong Korea beli Soju di tempat lain kemudian buka ketika mereka makan di gerai pasar malam Sinsuran. Saya lihat ada banyak seafood fresh, seafood murah dan baru sampai di jual di pasar malam Sinsuran ketika saya tiba di situ. Anyway pasar malam Sinsuran ni dah di tukar nama jadi Anjung Kinabalu tapi di kalangan warga tempatan yang menetap di Kota Kinabalu selama lebih 40 tahun, pasar ni tetap di panggil 'Pasar Sinsuran' atau Pasar Malam Sinsuran. Nama sekarang iaitu 'Anjung Kinabalu' mungkin akan ambil masa bertahun dalam 20-30 untuk nama 'Anjung Kinabalu' tu melekat di kepala penduduk warga Kota Kinabalu. Ini pendapat saya. So kalau nak cari seafood murah yang boleh runding harga, boleh deal sampai jadi juga seafood yang fresh dari kapal bolehlah cari di pasar malam Sinsuran ni. Pastikan bawa duit cash. Cuma sedikit pemilik gerai seafood yang terima bayar pakai online transfer, bayar pakai QR atau bayar pakai Boost. Kalau tiada cash ada mesin ATM berhampiran terletak di Warisan Square, di Alliance Bank Sinsuran atau di Center Point shoppint mall. Kebanyakan pengusaha gerai seafood di Pasar Malam Sinsuran ni warga tempatan beragama Islam. Walau ada ramai pelancong Korea duduk sini untuk makan malam tapi tidak ada minuman non-halal di hidangkan. Arak juga tidak dijual di sini. Biasanya tiap kali pelancong Korea makan mesti mereka cari arak. #kotakinabalu #kotakinabalusabah #kotakinabalucity #kotakinabalutoday

Comments