У нас вы можете посмотреть бесплатно DS ANWAR DI KEMAMAN TERENGGANU Majlis Berbuka Puasa di Masjid Sultan Ahmad! или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
Alhamdulillah, saya dan Menteri Besar Terengganu bersama-sama meraikan tetamu yang hadir dalam Majlis Berbuka Puasa di Masjid Sultan Ahmad di Kemaman hari ini. Saya zahirkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Terengganu atas keterbukaan menjalinkan kerjasama strategik untuk menyegerakan beberapa inisiatif meskipun berbeza siasah demi kepentingan negeri dan rakyat. Saya singgung usaha Kerajaan Persekutuan turun ke negeri-negeri untuk mendengar pandangan sebagai inisiatif berstruktur yang jarang dilakukan pimpinan terdahulu. Meskipun masih banyak ikhtiar dan bantuan yang diperlukan terutama untuk memenuhi keperluan di Terengganu, saya percaya pertemuan penting seperti ini berupaya mengukuhkan sinergi antara negeri dan persekutuan, terutama untuk bersama-sama mencari kaedah menyelesaikan permasalahan yang membelenggu rakyat. Pada masa sama, saya turut tegaskan bahawa Kerajaan MADANI tidak pernah menganaktirikan mana-mana negeri dalam menyalurkan bantuan dan peruntukan, terutamanya di Terengganu, yang juga antara tiga negeri tertinggi yang menerima pemberian daripada Persekutuan, di samping Sabah dan Sarawak. Malah untuk tahun ini, Kerajaan MADANI telah memperuntukkan lebih RM1.8 bilion khusus untuk belanja pembangunan di Terengganu, yakni peningkatan sebanyak RM239 juta berbanding tahun lalu. Dalam majlis ini juga, saya umumkan keputusan Kerajaan MADANI untuk memperluaskan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM250 kepada lebih 70,000 guru KAFA, takmir, imam, bilal, tok siak, noja dan marbut bersempena sambutan Aidilifitri tahun ini. Akhirulkalam, saya menyampaikan peringatan untuk kita merebut peluang sepanjang sepuluh hari terakhir Ramadan. Kesibukan dunia tidak seharusnya mengikat kita dengan kesibukan hingga lupa untuk merebut ganjaran berlipat ganda yang dijanjikan Allah SWT. Semoga pengembaraan kerohanian dalam madrasah Ramadan tahun ini punyai makna yang mengesankan jiwa dan nurani kita, serta meningkatkan rasa ketakwaan kepada Allah SWT. Riwayat daripada Abu Hurairah R.anhu beliau berkata bahawa Nabi S.A.W bersabda: مَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ Maksudnya: Sesiapa yang melakukan qiyam pada lailatul qadr dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran berserta keampunan nescaya akan dihapuskan dosa-dosanya yang terdahulu. Riwayat al-Bukhari (1901) #MalaysiaMADANI #madanibekerja #dsanwaribrahimpm10 Join this channel to get access to perks: / @oraitnopochannel