У нас вы можете посмотреть бесплатно 'Ahli Parlimen BERSATU nak berbahas tapi... или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
KUALA LUMPUR: Selepas dua hari perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 berlangsung, timbul persoalan apabila tiada seorang pun Ahli Parlimen BERSATU membahaskannya. 'Kehilangan' Ahli Parlimen BERSATU dalam perbahasan menimbulkan tanda tanya, malah pelbagai pihak mengaitkannya dengan tindakan majoriti Ahli Parlimen parti itu pernah melompat parti hingga terkuburnya kerajaan Pakatan Harapan (PH). 'Misteri' itu terjawab hari ini apabila Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, tampil menegaskan Ahli Parlimen parti sebenarnya mahu membahaskan RUU itu. Bagaimanapun, beliau meminta mereka bersabar kerana enggan kekecohan berlaku dalam Dewan Rakyat, selepas beberapa Ahli Parlimen lain 'memberi gelaran bukan-bukan' kepada mereka. Selain itu, katanya, majoriti Ahli Parlimen BERSATU juga adalah sebahagian daripada anggota pentadbiran kerajaan, sekali gus tidak boleh berbahas dalam Dewan Rakyat. "Sebenarnya rakan-rakan saya ini mahu berucap dalam Dewan, tetapi saya memohon mereka banyak bersabar kerana apa yang dikatakan maksudnya kepada kami ini, ada sesetengah menggunakan analogi dan nama yang bukan-bukan. "Hari ini, percayalah bahawa daripada semua yang hadir termasuk Ahli Parlimen BERSATU, kami mengundi (menyokong RUU). "Ini menunjukkan kami adalah kumpulan yang tahu akan undang-undang, dan tahu menggunakan segala apa yang termaktub dalam Perlembagaan," katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini ----------------------- #BH #BHTV www.bharian.com.my/bhtv :: www.facebook.com/bhonline :: www.twitter.com/bharianmy :: www.instagram.com/beritaharian :: www.linkedin.com/company/beritaharian :: www.tiktok.com/@bharianmy