У нас вы можете посмотреть бесплатно Masjid Lapan Kubah@Masjid Russia | Kg.Lapan Kotak | Besut | Terengganu | Malaysia или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
Masjid Lapan Kubah terletak di Kampung Lapan Kotak, Jerteh, Besut, Terengganu. Mendapat jolokan sebagai Masjid Russia kerana seni binanya seakan-akan St Basil Cathedral di Moscow, Russia yang menarik perhatian orang ramai. Berdiri gah di kawasan sawah padi di tengah-tengah kampung itu, masjid yang dicetuskan pembinaannya oleh Anggota Parlimen Besut, Datuk Seri Idris Jusoh kira-kira enam tahun lalu kini menjadi antara masjid ikonik yang menjadi tumpuan penduduk di dalam dan luar negeri. Keunikan seni bina masjid itu dengan kombinasi warna kubah yang berwarna-warni membuatkan masjid itu yang mula digunakan sejak tahun 2017 tidak putus-putus dikunjungi. Ada yang sanggup datang dari utara tanah air bukan sekadar untuk melihat malahan dengan niat untuk turut solat di masjid yang menyerupai antara tempat beribadat termasyhur di negara Eropah. Kewujudan masjid ini turut menaikkan nama kampung yang kurang dikenali sebelum ini. Masjid yang dibina dengan kos RM4 juta menerusi derma orang ramai itu sebenarnya bertujuan menggantikan masjid kayu sebelum ini yang berusia lebih 100 tahun dan usang. Dibina sepenuhnya menggunakan 100 peratus tenaga dan arkitek tempatan, masjid yang dibina di atas tanah bekas tapak sawah padi seluas 0.6 hektar itu boleh menampung 500 jemaah pada satu-satu masa.