У нас вы можете посмотреть бесплатно TANGKAP SAYA KALAU ANDA BOLEH! RAKYAT AKAN BANTU CARI TAMIM! или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
Aktivis antikuil tidak berdaftar, Tamim Dahri Abdul Aziz mencabar pengkritiknya untuk menjejaki lokasinya. Dalam hantaran ringkas di Threads semalam, Tamim mempersoalkan sama ada pihak yang mahu dia ditangkap benar-benar pasti dia berada di selatan Thailand. Dia mengakhiri hantaran tersebut dengan tanda pagar “catch me if you can” (tangkap saya jika boleh)."Kalau polis tak dapat cari, kira rakyat tolong polis cari dan bagi kepada polis," tulis poster itu. Polis berkata Tamim bakal berdepan dua pertuduhan, satu bawah Akta Hasutan berhubung penstriman langsung yang didakwa berbaur perkauman, manakala satu lagi pertuduhan melibatkan tindakan menghina simbol suci agama Hindu. Tamim disiasat kerana merosakkan soolam – yang merupakan simbol suci dalam Hindu – di tapak lama kuil di Langkawi, Kedah. Ia dirujuk ke Pejabat Pendakwaan Kedah dengan arahan pertuduhan telah dibuat.Sementara itu, berkaitan Zamri Vinoth, yang menyeberangi sempadan bersama Tamim dan turut dikehendaki atas pertuduhan jenayah, dikatakan akan didakwa hari ini. Peguam Haniff Khatri Abdulla memberitahu Malaysiakini malam tadi bahawa Zamri sudah pulang ke tanah air dan memberi kenyataan kepada polis.Penyokongnya juga merancang untuk berkumpul di kompleks mahkamah Kuala Lumpur pagi ini. Bagaimanapun, polis belum mengesahkan kepada pihak media sama ada terdapat pertuduhan di mahkamah. Pasukan keselamatan sekadar menyatakan mereka akan memberikan maklumat terkini jika ada. Zamri disiasat berhubung kenyataannya pada perhimpunan di ibu negara pada 7 Feb dan dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara (AGC). AGC mengeluarkan arahan pertuduhan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, berkaitan kenyataan yang mendatangkan khianat awam dengan niat menyebabkan atau yang mungkin menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam. Sumber Berita 1. https://www.malaysiakini.com/news/770360 Join this channel to get access to perks: / @oraitnopochannel