У нас вы можете посмотреть бесплатно Check-in Gua Sireh или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
SIAPA CHECK-IN GUA? Adakah endemik benar-benar membataskan percutian anda? Jika tidak dapat ke Bangkok, Bandong, ke Manchester atau ke Liverpool, apa kata, pilih lah untuk masuk ke gua di dalam negara kita. Gua Sireh Namanya. Letaknya di Kampung Bantang, Serian, Sarawak. Ada banyak cerita di sana. Begini ceritanya. Pada suatu masa dahulu, kira-kira 20,000 tahun yang lampau bermula dari Zaman Batu, Zaman Batu Baru sehinggalah Zaman Logam, ada manusia sudah menjadikan gua ini sebagai tempat rumah tangga mereka. Buktinya, dijumpai di dalam Gua Sireh ini peninggalan masyarakat zaman purba iaitu tembikar, kulit koyung (siput), manik, lukisan pada dinding gua dan juga ada kubur! Bila tiba di sini ada jumpa barang itu, jangan diusik, nanti dia ekot kamu, kata orang tua yang bersama kami. Saya ekot saja lah cakapnya. Gua ini adalah salah satu tapak bersejarah di Sarawak mengikut sub-seksyen 26(3) dan 26(6) Ordinan Warisan Budaya Sarawak 1993. Ada banyak lukisan arang pada dinding gua. Saya kira ada 12 lukisan semuanya. Mungkin ada lagi yang saya tidak nampak. Macam-macam bentuk lukisan yang orang-rang purba zaman dahulu lukis. Mungkin yang melukisnya anak-anak zaman itu sebab tak dapat nak teka apa yang dia lukis. Bentuk binatang kah? Orang kah? Atau hantu kah. Macam contengan kanak-kanak zaman sekarang di dinding rumah kita. Ada rupa, ada bentuk tetapi tidak jitu profil apa yang dilukiskan. Sedikit sebanyak ini mencerminkan keadaan kehidupan purba mereka pada ketika itu. Untuk masuk ke dalam gua ini tidak lah mudah juga. Tidak perlu untuk pasukan bola anda kalah untuk masuk ke mari. Sesiapa sahaja boleh datang, dengan niat hati nurani suci dan murni. Berjalan dan naik lah tangga yang telah dibina. Setengah jam sudah sampai dari kaki Gunung Nambi. Arakian munasabab itu lah, kemudahan untuk ke mari sedang dinaik taraf. Tangga pendakian lama yang sudah roboh, dibina semula. Tangga baharu dibina lebih selamat dan kukuh. Ada 8 tangga semuanya. Bersiap sedia lah bermandi keringat mendaki hampir 1,000 anak tangga mencapai ke aras 40m untuk sampai ke muka gua. Apabila sudah sampai, jangan terus masuk. Nikmati lah dahulu pemandangan indah yang terhampar di hadapan gua. Pandang lah sekeliling. Pemandangan sawah padi Kampung Bantang bisa membuatkan anda lupa lelah sebentar tadi. Jom! Masuk gua. #mymotac #sarawakian #caves #travelblog