У нас вы можете посмотреть бесплатно TURUN ANWAR GAGAL NAMUN SENJATA BARU DENGAN TUNGGANG ISU BANGSA DAN AGAMA! или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
Pemimpin DAP yang juga Exco Selangor, V Papparaidu mempersoalkan pihak yang didakwa membiayai dan menggerakkan provokasi berhubung isu ladang babi serta kuil Hindu yang kini semakin hari semakin tegang. Beliau berkata, kemunculan isu berunsur kaum dan agama secara berterusan menimbulkan tanda tanya sama ada ia sebahagian daripada percaturan politik selepas kegagalan beberapa gerakan sebelum ini untuk menjatuhkan kerajaan. “Apabila cubaan seperti ‘Turun Anwar’ dan ‘Langkah Bangkok’ gagal, adakah isu kaum dan agama kini dijadikan senjata baharu? Ini kebetulan atau strategi terakhir untuk memecahbelahkan rakyat?,” tulisnya dalam Facebook beliau hari ini. Tegasnya, sehingga saat ini Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sedang menjalankan tanggungjawabnya mentadbir negara dan tidak pernah memberi ruang kepada mana-mana pihak bertindak di luar undang-undang. “Perdana Menteri tidak pernah menyatakan sesiapa bebas melanggar undang-undang. Tiada siapa mengatasi undang-undang. Jadi siapa sebenarnya dalang di sebalik provokasi ini? Siapa yang membiayai kekecohan? Apa agenda sebenar mereka?,” soalnya. Menurut beliau, permainan sentimen agama dan kaum bukan sahaja berbahaya, malah boleh menggugat keyakinan rakyat terhadap sistem demokrasi jika dibiarkan berlarutan. ============================================================================================== Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor mengingatkan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli agar tidak mencipta naratif seolah-olah dirinya dizalimi parti susulan menerima surat tunjuk sebab daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), baru-baru ini. Ketuanya, Muhammad Iman Haziq berkata, surat berkenaan bukan satu bentuk hukuman, sebaliknya merupakan ruang yang diberikan kepada ahli untuk memberikan penjelasan. Sumber Berita 1. https://malaysiagazette.com/2026/02/2... 2. https://malaysiagazette.com/2026/02/2... Join this channel to get access to perks: / @oraitnopochannel