У нас вы можете посмотреть бесплатно [KURSUS HAJI 1439H/2018M] Siri 6.1: Amalan Sebelum Berlepas - Ustaz Drs. Sapawi Che Mat или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
MASJID AS-SOBIRIN, Lembah Keramat: https://fb.com/masjidassobirin | / masjidassobirin --- KURSUS MANASIK HAJI 1439H/2018M: SIRI 6.1 - AMALAN SEBELUM BERLEPAS oleh Ustaz Drs Sapawi Che Mat 18 Rabiulakhir 1439 (b. 6 Jan 2018M) di Masjid As-Sobirin, Lembah Keramat Tonton video sebelum ini: • [KURSUS HAJI 1439H/2018M] Siri 5.3: J... • [KURSUS HAJI 1439H/2018M] Siri 5.3: J... • [KURSUS HAJI 1439H/2018M] Siri 5.3: J... Tonton kompilasi video Kursus Manasik Haji 1439H: http://bit.ly/2ABa8r7 http://bit.ly/2ABa8r7 http://bit.ly/2ABa8r7 *Kursus Manasik Haji 1439H di Masjid As-Sobirin, Lembah Keramat pada setiap hari Sabtu jam 9.30 pagi - 12.00 tengah hari, bermula dari 2 Disember 2017. Untuk pertanyaan/pendaftaran, sila hubungi: Haji Roslan - 019-305 9608 kursus manasik haji umrah ibadah ihram tawaf saie wuquf Amalan sebelum berlepas ketanah suci mekah. 1- Niat dengan penuh iklas hendak ke Tanah Suci semata-mata untuk mengabadikan diri kepada Allah. 2-Toharah suci dan bersih dari najis sama ada hadas besar atau kecil. 3-Solat. Perbanyakan tentang ilmu pengetahuan berkenaan solat. Solat di awal waktu. Berjemaah sama ada dirumah, Surau atau masjid. 4-Mempelajari cara perlaksanaan ibadat haji dengan sempurna (mungkin peluang ini datang sekali seumur hidup). 5-Perbanyakan solat taubat dan Istigfar. 6-Bersihkan harta dari Riba, Memakan harta anak yatim dan sebagainya. 7-Tinggalkan Maksiat dan perkera-perkara yang melalaikan. 8-Memohon maaf ada keluarga dan kawan-kawan. 9-Wasiat. *Pesanan menjaga Iman dan solat kepada ahli keluarga yang ditinggalkan. *Harta kepada ahli keluarga. *Hutang. 10-Menyelesaikan segala hak allah dan manusia. 11-Memilih kawan-kawan yang solih dan amanah (boleh membimbing kita kejalan Allah). 12-Solat sunat musafir sekiranya bukan waktu tahrim (waktu yang diharamkan kita solat iaitu selepas solat asar sehingga terbenam matahari. Solat selepas subuh selepas terbitnya matahari. *Sahaja aku sembahyang sunat Musafir dua rakaat kerana Allah taala. (dilakukan ketika kita hendak bermusafir). Dilakukan ketika kita hendak bermusafir. Doa sebelum Musafir. Maksudnya. Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon kepadamu kebajikan dan ketaqwaan dalam perjalanan kami ini, serta amalan yang engkau ridhai, Ya Allah, mudahkanlah perjalanan kami ini, dan yanng jauh engkau dekatkan. Ya Allah, Eangkau lah sahabat dalam musafir, tempat kami menyerahkan keluarga. Ya Allah, sesungguhnya aku mohon perlindungan dengan Mu daripada kesusahan dalam perjalanan, keburukan pemandangan dan kesudahan yang buruk pada harta, keluarga dan anak-anak. Lima waktu ditegah melakukan solat. Dalam banyak waktu solat yang perlu diwaspada adalah mengenai lima masa yang dilarang melakukan solat sunat. (Kesemua 5 waktu di atas dikecualikan bagi mereka yang berada di Tanah Haram, Makkah al-Mukarramah). 1) Sesudah menunaikan Solat Fardhu Subuh sehingga terbit matahari. 2) Semasa terbit matahari sehingga ia meninggi kadar setombak. 3) Ketika matahari tegak di atas kepala sehingga ia condong ke barat. 4) Selepas menunaikan Solat Fardhu Asar sehingga terbenam matahari. 5) Semasa matahari hampir terbenam sehingga tenggelam seluruh bulatannya. http://jemputan-umrah.blogspot.my/201...