У нас вы можете посмотреть бесплатно Podiatrist Menerangkan Sakit Tumit: Achilles Tendinitis - Ari Tria, Singapore Podiatrist или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
Podiatrist menerangkan tentang Kesakitan di bahagian Achilles Tendon (Achilles tendinitis) - Ari Tria, Singapore Podiatrist Hi again, saya Ari Tria, podiatrist di East Coast Podiatry Centre (Singapore). Alhamdulillah, kita berjumpa lagi. So dalam video kali ini pulak saya kongsikan topik tentang sakit tumit bahagian dua, iaitu achilles tendinitis. So, seperti yang anda ketahui, atau tidak, Sakit tumit ini secara amnya merangkumi sakit di bahagain tulang kaki yang bergelar calcaneum. Jom kita perhatikan gambar kaki ini. Tumit atau tulang calcaneum ini terbahagi kepada dua bahagian, iaitu bahagian bawah dan bahagian belakang. Achilles tendinitis adalah salah satu penyakit yang menyebabkan sakit dibahagian belakang tumit, dan sangat biasa dialami oleh pesakit saya di klinik podiatri. Apa itu achilles tendinitis? Achilles tendinitis bermaksud keradangan tendon achilles, yang boleh berlaku samaada dibahagian pemasukan (insertional) atau di bahagian tengah tendon (midportion). Achilles tendon adalah satu tendon penyambung tumit kedalam betis, untuk pergerakan kaki di bahagian pergelangan kaki, iaitu dorsiflexion ataupun plantarflexion. Pergerakan ini berlaku ketika anda ingin mendorong badan anda mara kedepan mahupun mara ke atas (iaitu pergerakan propulsion). Apakah yang menyebabkan achilles tendinitis ini? Ada terdapat banyak sebab, dari segi sistemik dan musculoskeletal . Antara penyebab yang paling biasa adalah kecederaan samaada kecederaan itu secara langsung (direct) atau berulang-ulang (repetitive) dan menjadi kecederaan berlebihan (overused injury). Ada pulak di sebabkan oleh perubahan degeneratif, dan seterusnya radang yang di sebabkan oleh penyakit sistemik seperti gout atau artritis reumatoid. Penyakit ini boleh berlaku kepada anda jika anda mempunyai faktor risiko seperti: Berat badan yang berlebihan, Gaya hidup yang sedentari Penyakit sistemik artritis reumatoid Atau Anda adalah seorang atlet sukan yang aktif berlebihan 1-10 figaro fever Apakah tanda-tanda anda mengalami penyakit ini? Kebanyakan pesakit akan mengadu sakit dibahagian belakang tumit selepas melakukan activiti perpanjangan, seperti berjalan kaki jarak rauh, berlari pecut, melompat atau menaiki tangga berlebihan. Penyakit ini menjadi kronik jika sakit tersebut berlarutan hingga ke hari esoknya, dan anda mula mengalami kekakuan di pergelangan kaki dan tendon, seterusnya merasa bengkak dan sakit jika tendon tersebut di sentuh. Bagaimanakah kita merawat penyakit achilles tendinitis ini? Rawatan untuk penyakit ini memerlukan menetilian yang mendalam, fokus untuk mengetahui punca utama keradangan. Jika keradangan tersebut disebabkan oleh penyakit sistemik, adalah sangat penting untuk anda menguruskan penyakit sistemik tersebut, dalam masa yang sama, memperbaiki tendon yang rosak. Focused ESWT atau focal extracorporeal shockwave therapy adalah salah satu kaedah rawatan yang mempunyai kesan untuk meningkatkan neovascularisation atau aliran darah dan meningkatkan sintisis kolagen, bagi membantu mengurangkan simptom keradangan, sakit dan seterusnya memperbaiki tendon achilles. Adalah sangat dinasihatkan untuk anda berhenti melalukan activiti anda, jika mengalami penyakit ini secara kronik. Ini kerana, risiko untuk mendapat tendon rupture atau koyak adalah sangat-sangat tinggi. Oleh itu, sangat penting untuk merawat penyakit ini secara teratur: bermula dengan berhenti melakukan aktiviti, mengurangkan keradangan, mengurangkan tekanan beban iaitu offloading dengan offloading device seperti custom foot orthotic, kemudian pemulihan semula anggota termasuk eccentric loading dan senaman stretching , dan seterusnya kembali ke akitiviti pada masa yang berpatutan. Perkara yang anda perlu elakkan semasa mengalami penyakit ini termasuklah suntikan steroid, kerana ini boleh mengakibatkan tendon rupture. Di klinik East Coast Podiatry, podiatrist anda akan menekan kan lagi betapa pentingnya untuk memahami punca penyakit ini, dan akan memberikan kaedah rawatan yang sesuai dan berkesan dari segi konservative bagi mengelakkan pembedahan. Sekian untuk topik saya pada hari ini. Saya berharap video ini dapat membantu anda memahami lebih lanjut tentang achilles tendinitis. Jika anda ingin menanyakan soalan-soalan selajutnya, anda boleh berjumpa dengan saya atau dengan rakan podiatrist saya di tiga cawangan klinik kami, atau anda boleh meninggalkan komen dibawah. Sampai jumpa lagi, inshaa Allah, terima kasih. East Coast Podiatry - Pusat Rawatan Kaki East Coast / eastcoastpodiatrysg www.EastCoastPodiatry.sg | email: [email protected] Klinik Singapura: Orchard Clinic 302 Orchard Road . Tong Building #09-02 . Singapore 238862 Tel: (+65) 6884 4123 Kembangan Clinic 18 Jalan Masjid . Kembangan Plaza # B1-02/04/05 . Singapore 418944 Tel: (+65) 6848 5156 Novena Clinic 10 Sinaran Drive . Novena Medical Center #08-13 . Singapore 307506 Tel: (+65) 6235 2132