У нас вы можете посмотреть бесплатно PAS DAN PN BERSORAK GAGALKAN AGENDA REFORMASI 2 PENGGAL ATAU 10 TAHUN JAWATAN PERDANA MENTERI! или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
Rang Undang-Undang (RUU) bagi mengehadkan tempoh jawatan perdana menteri kepada dua penggal ataupun 10 tahun gagal mendapat undian dua pertiga ahli Dewan Rakyat bagi bacaan kali kedua. Undian yang dijalankan melalui belah bahagian itu menyaksikan RUU itu hanya mendapat sokongan 146 ahli parlimen. Speaker Johari Abdul ketika mengumumkan keputusan itu memaklumkan 44 ahli Parlimen memilih untuk berkecuali manakala 32 ahli parlimen tidak hadir. RUU yang membabitkan pindaan Perlembagaan Persekutuan itu memerlukan undian dua pertiga ahli Dewan Rakyat. "Saya bacakan keputusan belah-bahagian, tidak hadir 32, tak undi 44 dan setuju 146," kata Johari ketika mengumumkan keputusan undian. Terdahulu, seramai 41 ahli Parlimen mengambil bahagian dalam perbahasan pindaan perlembagaan itu. Ketua pembangkang Hamzah Zainudin (Bebas-Larut) berhujah bahawa had tempoh jawatan perdana menteri akan menghakis kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong. Bagaimanapun, ketika membentangkan rang undang-undang itu petang tadi, Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan langkah tersebut tidak akan menjejaskan kuasa Yang di-Pertuan Agong mahupun kuasa Dewan Rakyat untuk menentukan keyakinan terhadap kerajaan. ======================================================================================= RUU Pindaan Perlembagaan bagi hadkan tempoh PM 10 tahun tidak mendapat sokongan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat. Ahli Parlimen PH 100% hadir dan sokong RUU Pindaan Perlembagaan bagi hadkan tempoh PM 10 tahun. Tapi ada Ahli Parlimen Kerajaan yang tidak hadir: 1. Bukit Gantang 2. Lawas 3. Tenom 4. Sembrong 5. Libaran 6. Tapah 7. Julau 8. Keningau Usul pindaan ini boleh dibawa semula dalam mana-mana sidang yang akan datang. Selagi pindaan ini tidak diluluskan, PM boleh terus berkhidmat tanpa had tempoh masa Join this channel to get access to perks: / @oraitnopochannel