У нас вы можете посмотреть бесплатно Sudirman - Hao Ge Xian Gei Ni 好歌献给你 (Lagu Kantonis) | Konsert SUDI (1991) или скачать в максимальном доступном качестве, которое было загружено на ютуб. Для скачивания выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса savevideohd.ru
Subscribe : http://bit.ly/SudirmanArshad Allahyarham Sudirman menyanyikan lagu yang bertemakan Malaysia iaitu sebuah lagu Kantonis berjudul 'Hao Ge Xian Gei Ni' 好歌献给你 yang bermaksud 'Lagu Yang Hebat Untukmu'. Lagu ini merupakan lagu nyanyian asal penyanyi terkenal dari Hong Kong iaitu Roman Tam. Beliau turut mengundang seorang Nyonya Cina dari Melaka bernama Lim Ah Yoke naik ke atas pentas untuk berbual-bual dengannya. Nyonya Cina yang tidak begitu fasih berbahasa Melayu itu menggamatkan suasana dengan jawapan-jawapannya yang agak pelat. Antara dialog-dialog lucu yang mencuit hati penonton ialah apabila Allahyarham Sudirman bertanya sama ada dia mengenali Sudirman, wanita yang berumur dalam lingkungan 60-an itu menjawab "Tau, nama itu Seremban!" dan apabila ditanya di mana suaminya, dia menjawab "sula habit!" (meninggal dunia). Petikan konsert Allahyarham Sudirman anjuran SUDI Sdn. Bhd. bertempat di tapak Expo Ayer Keroh, Melaka pada 9 Mac 1991 iaitu setahun sebelum beliau kembali ke Rahmatullah. Subscribe Channel ini untuk menonton lebih banyak lagi video-video eksklusif Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad (Penghibur Terbaik Asia 1989).