У нас вы можете посмотреть бесплатно RENUNGAN PRA PASKAH HARI KE 23 || 16 MAC 2026 || или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
Pra-Paskah. Hari Kedua puluh Tiga. 16 Mac 2026. 1 Raja-Raja 19:1-9a Berhenti seketika, Rehat Dan Mengaturkan Semula. Pernahkah anda rasa seperti anda melakukan apa yang Tuhan panggil anda, tetapi ia telah menjadi terlalu banyak? Apabila kita keletihan, secara fizikal, mental, emosi, fikiran negatif automatik boleh menyelinap masuk: Aku tidak boleh buat ini lagi. Aku keseorangan. Aku berputus asa.Elia berasa begitu. Selepas pertarungan dramatik di Gunung Karmel dan melarikan diri daripada Izebel, dia rebah di bawah pokok penyapu dan dengan pahit berkata kepada Tuhan, "Aku sudah cukup, TUHAN. ambil nyawaku". Keletihan, Elia tidak berfikir dengan waras. Fikirannya penuh dengan SEMUT. Jadi, Tuhan memberinya roti dan air suam, memberinya kekuatan baharu untuk bahagian seterusnya dalam perjalanannya.Di kayu salib, Yesus juga berasa keletihan, ditinggalkan dan benar-benar keseorangan. Adakah anda juga berasa begitu? Jika ya, berhenti sejenak. Duduklah bersama Yesus. Beritahu Yesus tentang SEMUT anda. Dia faham kerana Dia telah bergelut seperti anda. Biarkan Dia menetapkan semula minda anda. Biarkan Roti Kehidupan memenuhi anda, Air Hidup menyegarkan anda, memberi anda kekuatan baharu untuk bahagian perjalanan seterusnya. "Marilah kepada-Ku, semua yang letih lesu dan berbeban berat, dan Aku akan memberi anda kelegaan." (Matius 11:28) RENUNGAN: Sekarang, apa yang membuatkan anda berasa letih secara fizikal, mental, atau emosi? Adakah anda perlu berhenti sejenak? Adakah anda sanggup meluangkan sedikit masa bersama Yesus untuk: (1) berehat bersama-Nya seketika, (2) memberitahu-Nya bagaimana perasaan anda, dan (3) mendengar dengan teliti apa yang Dia katakan kepada anda? BERBICARALAH DENGAN TUHAN: Yesus, aku letih, putus asa, dan tidak berfikir dengan waras. Tetapkan semula mindaku. Tumpukan semula hatiku. Perbaharui kegembiraanku. Berikan aku kekuatan baharu untuk bahagian perjalanan seterusnya. Amin. #bahasamelayu #cgmc #pmm #paskah #prapaskah