У нас вы можете посмотреть бесплатно RAMAI PERTIKAI DAI SYED DIBEBASKAN SEMENTARA, INI PENJELASAN PEGUAM или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
RAMAI PERTIKAI DAI SYED DIBEBASKAN SEMENTARA, INI PENJELASAN PEGUAM Pendakwah selebriti, Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful atau Da’i Syed dibebaskan sementara selepas Mahkamah Rayuan, di sini, membenarkan permohonan penggantungan pelaksanaan hukuman penjara yang dikenakan terhadapnya, sementara menunggu rayuan diputuskan. Keputusan itu dibuat panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk Azmi Ariffin bersama Datuk Hayatul Akmal Abdul Aziz dan Datuk Meor Hashimi Abdul Hamid. Hakim Azmi ketika membacakan keputusan berkata, selepas mendengar penghujahan kedua-dua pihak serta meneliti alasan dan hujahan bertulis, mahkamah mendapati terdapat keadaan istimewa yang mewajarkan pemohon dilepaskan dengan jaminan sehingga rayuannya diputuskan. Dalam prosiding tersebut, Da’i Syed diwakili peguam M Athimulan manakala pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Atiqah Abdul Karim@Husaini. Turut hadir ialah isterinya, Hana Ismail, 40. Menurut Hakim Azmi, antara pertimbangan mahkamah ialah pemohon tidak pernah gagal menghadiri perbicaraan sama ada di Mahkamah Sesyen mahupun Mahkamah Tinggi. Mahkamah bagaimanapun menetapkan beberapa syarat termasuk jaminan RM40,000 dengan dua penjamin yang tidak semestinya daripada ahli keluarga.