У нас вы можете посмотреть бесплатно Persembahan SOUTUN NAJAH di Majlis Penyerahan Kampung Angkat MADANI JAKIM Kg Menora Kuala Kangsar или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
Majlis Penyerahan Kampung Angkat dan Sekolah Angkat MADANI Meriah Diiringi Hujan Barakah Kuala Kangsar, 20 Disember – Majlis Penyerahan Program Kampung Angkat MADANI (KAM) dan Sekolah Angkat MADANI (SAM) telah disempurnakan malam tadi dalam suasana penuh meriah dan menyentuh jiwa, meskipun diiringi deruan hujan yang disifatkan sebagai hujan barakah, seolah-olah menyuburkan lagi keberkatan majlis yang berlangsung di Kampung Menora. Majlis bersejarah ini menandakan kemuncak pelaksanaan inisiatif pembangunan komuniti yang diterajui oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di Kampung Menora serta dua buah sekolah angkat, iaitu Sekolah Kebangsaan Menora dan Sekolah Kebangsaan Sayong, selari dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan pembangunan inklusif dan berimpak tinggi di peringkat akar umbi. Secara keseluruhan, pelaksanaan Program Kampung Angkat MADANI dan Sekolah Angkat MADANI ini melibatkan peruntukan berjumlah RM1.2 juta dan telah memberi manfaat secara langsung kepada lebih 700 orang penerima, merangkumi penduduk Kampung Menora, Sekolah Kebangsaan Menora dan Sayong warga pendidik dan murid sekolah, serta keluarga asnaf di sekitar kawasan yang disasarkan. YBhg. Dato’ Dr. Sirajuddin Bin Suhaimee, Ketua Pengarah JAKIM dalam ucapannya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini, melibatkan agensi Kerajaan Persekutuan dan Negeri, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), rakan-rakan strategik JAKIM serta para sukarelawan yang telah berganding bahu dan menggembleng tenaga demi memastikan kejayaan Program Kampung dan Sekolah Angkat MADANI. Beliau turut menzahirkan rasa gembira dan terharu dengan sambutan seluruh warga Kampung Menora yang sentiasa bersama JAKIM sepanjang pelaksanaan projek ini, malah menyifatkan program tersebut sebagai satu pencapaian bermakna apabila impiannya untuk kembali berbakti di kampung kelahiran arwah ayahandanya akhirnya tercapai. Beliau menzahirkan kesyukuran kepada Allah SWT atas segala nikmat dan kesempatan yang dikurniakan. Menurut beliau, Program Kampung Angkat MADANI bertujuan merapatkan jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar melalui penyediaan kemudahan asas seperti air, elektrik, jalan dan internet, di samping memperkasa ekonomi komuniti desa menerusi projek ekonomi setempat, mengurangkan kemiskinan, memperkukuh perpaduan serta meningkatkan kesejahteraan penduduk luar bandar, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI. Seiring dengan tema “JAKIM Untuk Ummah”, beliau menjelaskan bahawa sepanjang pelaksanaan KAM dan SAM, JAKIM telah membawakan pelbagai program merentasi semua bahagian di jabatan tersebut dengan hasrat untuk mendekatkan masyarakat Kampung Menora dengan JAKIM serta perkhidmatan hal ehwal Islam yang disediakan. Majlis dimulakan dengan penyampaian sumbangan bantuan persekolahan kepada anak-anak Kampung Menora sebagai tanda keprihatinan terhadap kebajikan pendidikan generasi muda, diikuti persembahan nasyid oleh kumpulan Mestika yang menyemai rasa syukur dan ukhuwah dalam kalangan hadirin. Turut menyentuh perasaan ialah perkongsian daripada pasukan Flotila Sumud yang membenihkan rasa cinta, empati dan solidariti terhadap rakyat Gaza, sekali gus mengingatkan hadirin tentang nilai kemanusiaan sejagat dan tanggungjawab bersama sebagai satu ummah. Majlis ini turut dihadiri YDH Toh Maharaja Indera Dr. Haji Khairil Anuar bin Arshad, Orang Besar Jajahan Kuala Kangsar; Dato’ Sani, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM); Ketua Jawatankuasa Penduduk Kampung Menora; Timbalan-timbalan Ketua Pengarah JAKIM; Pengarah-pengarah Kanan serta para pengarah JAKIM, selain Guru Besar Sekolah Kebangsaan Menora dan Sekolah Kebangsaan Sayong. Mengakhiri ucapannya, Ketua Pengarah JAKIM merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua agensi Persekutuan, Kerajaan Negeri Perak serta pihak-pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung, khususnya penduduk Kampung Menora serta warga SK Menora dan SK Sayong. Keseluruhan majlis ini membuktikan bahawa pelaksanaan Projek Kampung Angkat MADANI dan Sekolah Angkat MADANI bukan sekadar pembangunan fizikal dan pendidikan, malah satu usaha menyeluruh yang menyentuh pembinaan insan, pengukuhan nilai kerohanian serta pemerkasaan sosioekonomi komuniti demi kesejahteraan rakyat yang mampan. #JAKIMuntukUmmah #SebarkanSalam #MalaysiaMadani #RancakkanMadani #BersamaMalaysiaku