У нас вы можете посмотреть бесплатно Perolehan Malaysia dari Itali: LMS Batch 3, MRSS, 28 Helikopter AW-149, dan Pesawat Peronda Maritim или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
#malaysia #military #ATM Website Source: 1. STUDI PERTAHANAN: Malaysia Berencana Membeli Aset Militer dari Italia untuk Memperkuat Keamanan Maritim https://share.google/PJJyeO5t8vZU4quvd Video Sources: 1. • Giorgia Meloni and Anwar Ibrahim Strengthe... 2. • Anwar akhiri lawatan di Itali dengan perte... 3. • Qatar's Al Zubarah-class corvette Damsah a... 4. • Fincantieri launches LPD "Al Fulk" for Qat... 5. • ABU DHABI CLASS CORVETTE 6 • ITS SAN GIORGIO entering Portsmouth harbour 7. • Turkish Navy ATR-72 TMPA (P-72) Maritime P... 8. • Leonardo's ATR 72MP Multirole Maritime pat... 9. • Leonardo AW149 multi-role helicopter 10. • AW149 - The Modern Battlefield Platform Memetik Daripada Laman Web Defense Studies, Malaysia berhasrat untuk membeli pesawat peronda maritim, helikopter pelbagai peranan, dan kapal perang dari Itali, sebagai usaha meningkatkan keupayaan keselamatan negara, Dimana Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyatakan bahawa perolehan ini akan merangkumi dua pesawat peronda maritim, yang diperuntukkan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia, Selain itu, Malaysia turut merancang untuk memperoleh sebanyak 28 helikopter AW149 daripada Leonardo, manakala syarikat Fincantieri dari Itali, dijangka akan membekalkan kapal sokongan pelbagai peranan, iaitu MRSS, dan kapal LMS atau Littoral Mission Ship baharu. Aset pertahanan ini dijangka akan mengukuhkan hubungan duahala, utamanya dalam jangka panjang, antara Malaysia dengan Itali, yang dikenali sebagai antara negara peneraju dalam industri pertahanan global, kata Anwar dalam satu sidang media rasmi di Itali. Sementara itu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, yang turut mengiringi perdana menteri dalam lawatan tersebut, menambah bahawa perincian mengenai pengadaan masih dalam proses dimuktamadkan, bagi memastikan Malaysia mendapat manfaat dalam pelbagai aspek seperti latihan berpusat, serta pelbagai peluang kerjasama, Beliau turut memaklumkan bahawa pesawat peronda maritim baharu malaysia, dijangka akan berpangkalan di Lapangan Terbang Batu Berendam, Melaka. Mohamed Khaled turut menyatakan bahawa Malaysia telah mencadangkan agar perolehan ini dilaksanakan melalui perjanjian kerajaan dengan kerajaan, iaitu G-to-G, dimana Fincantieri sebelum ini telah mencadangkan model FCX20, iaitu kapal peronda luar pesisir (atau OPV), sepanjang 95 meter bagi program LMS batch ke-3, serta kapal LPD dari jenis San Giorgio-class, untuk program MRSS Malaysia. Pendekatan ini menurut beliau, akan membolehkan Malaysia memperoleh harga yang lebih berpatutan, serta mendapat jaminan pembekalan aset secara langsung daripada kerajaan Itali, dimana Kementerian Pertahanan malaysia juga mencadangkan agar bidang kerjasama baharu, dalam sektor pertahanan lainnya turut dipertingkatkan, termasuk pembangunan kecerdasan buatan, dan penubuhan pusat kawalan keselamatan dibawah laut. Anwar tiba di Itali pada beberapa hari yang lalu, bagi lawatan rasmi pertamanya atas jemputan Perdana Menteri Itali, Georgia Meloni, dimana Lawatan ini merupakan sebahagian daripada siri kunjungan tiga negara, iaitu ke Itali, Perancis, dan Brazil, dalam usaha berterusan Malaysia untuk memperkukuh hubungan duahala, serta mempromosi kerjasama ekonomi di peringkat global, manakala Seterusnya Anwar akan berangkat ke Paris, di mana beliau dijadualkan bertemu dengan Presiden Perancis, Emmanuel Macron, dalam lawatan selama dua hari, Selepas itu, beliau akan mengikuti Sidang Kemuncak Para Pemimpin BRICS ke-17, di Rio de Janeiro, atas jemputan Presiden Brazil, Luiz Inácio Lula da Silva.