У нас вы можете посмотреть бесплатно Konvensyen Melayu 153. Ucapan Tan Sri Dr Rais Yatim. или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
Konvensyen Melayu 153. Ucapan Tan Sri Dr Rais Yatim. Kupasan Tan Sri Dr Rais Yatim semalam di Konvensyen 153 amat menarik dan membuka mata. Ini bukan kali pertama saya berpeluang mengikuti ceramah beliau; malah, setiap kali Tan Sri tampil berbicara, saya sentiasa terpegun dengan keluasan ilmu, ketajaman analisis, serta keupayaan beliau menghubungkan sejarah, undang-undang dan realiti semasa secara tersusun dan meyakinkan. Penyampaian beliau mencerminkan tradisi kepimpinan yang berasaskan ilmu, pengalaman pentadbiran, dan kefahaman mendalam terhadap negara. Begitulah kualiti Menteri-menteri di zaman pentadbiran Perdana Menteri ke 4 Tun Dr Mahathir Mohamad berbanding dengan Menteri-menteri kerajaan madani. Orang Melayu dan Raja-raja melayu berpisah tiada bukan sekadar ungkapan retorik, tetapi suatu prinsip asas yang berakar umbi dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Itulah ungkapan dari perlembagaan Malaysia yang dikupaskan oleh Tan Sri Dr Rais Yatim. Hakikat ini sering kali terlepas pandang, sama ada akibat kejahilan sejarah, pengabaian konteks perlembagaan, atau tafsiran yang terpisah daripada roh asal pembentukan Persekutuan. Hubungan simbiotik antara orang Melayu dan institusi Raja-raja Melayu jelas tercermin dalam teks Perlembagaan Persekutuan. Sebanyak 320 kali istilah Yang DiPertuan Agong dan 90 kali perkataan Melayu di sebut dalam Perlembagaan Persekutuan. Begitu pentingnya hubungan dan kedudukan orang Melayu dengan rajanya di sisi perlembagaan. Ucapan Tan Sri Rais diselit pantun-pantun dan nada penyampaian yang menarik malah memukau perhatian pendengar. Tan Sri Rais tidak bertempik tetapi intonasi nada suaranya membuat pendengar berfikir ketawa dan serious. Satu kupasan fakta Tan Sri Rais yang menarik ialah perjuangan orang melayu. Orang melayu berjuang dengan matlamat yang sebenarnya termaktub dalam perlembagaan persekutuan tetapi tiada siapa yang pernah menyebut tajuk Perkara 153 dalam perjuangan. Dasar-dasar affirmative, dasar ekonomi baru juga adalah termaktub dalam perlembagaan tetapi pada masa sama, tiada kerajaan yang pernah menyebut dasar dan peruntukan dikuatkuasa dibawah tajuk Perkara 153. Malah mengikut kajian, perkara 153 tidak pernah sekali pun di bincangkan, disebut atau diolahkan dan diberi galakkan dalam Majlis Raja-Raja. Segala peruntukan kepada kaum bumiputera termasuk orang melayu perlu ada satu caveat yang ianya dikuatkuasa dibawah Peruntukan Perkara 153 sebagai tajuk diatas utama. Sehingga kini, tiada undang-undang yang digubal diatas tajuk Perkara 153. Ini bermakna orang melayu telah ketinggalan. Kita perlu gubal undang-undang dengan mukaddimah undang-undang ini dibuat dibawah artikel 153 dan ia tidak boleh dipertikaikan. Artikel 153 ini memberi 8 peruntukan besar kepada orang melayu. Inilah yang patut perjuangkan oleh kita. Orang-orang Melayu dan bumiputera perlu memaklumkan sebagai peringatan kepada Majlis Raja-Raja bahawa ini adalah tanahair kita dan orang melayu dan raja mesti bersama. Apabila kebersamaan ini dapat dicapai, perkataan Tuanku Yang DiPertuan Agong itu adalah lebih bermakna. Kita perlu mengadap sembah Kebawah duli Tuanku Agong dan memaklumkan kepada Tuanku, Tuanku tak boleh lagi berdiam diri pasal perkara 153. Semasa konvensyen, saya duduk disebelah Dato Bentara Kanan Ustaz Ahmad Yakob, mantan Menteri Besar Kelantan. Saya menyebut kepada Ustaz Mad, peruntukan perlembagaan 153 ini sama dengan perlembagaan Parti PAS cuma dalam perlembagaan persekutuan, ia menyebut orang melayu yang pada definasinya ialah orang islam manakala perlembagaan PAS banyak menyebut umat Islam yang juga pada definasinya, orang melayu. Saya juga menyokong cadangan Tan Sri Rais untuk pembentukan Kementerian Pembangunan Melayu. Tengok video untuk perkongsian penuh dari Tan Sri Dr Rais.