У нас вы можете посмотреть бесплатно RIMPAC: KD LEKIR pamer taring walaupun berusia 38 tahun или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
Eksesais Rim of the Pacific (RIMPAC) 2022 merupakan penyertaan kedua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam latihan ketenteraan maritim berskala besar di Hawaii, Amerika Syarikat. Penyertaan kali ini merupakan detik bersejarah buat TLDM kerana KD LEKIR (26) diberikan penghormatan untuk melancarkan peluru berpandu Exocet MM40 dalam fasa laut eksesais itu. Selain pelancaran peluru berpandu, KD Lekir turut melaksanakan latihan penembakan meriam utama 57mm Mk1 Bofors dan Close Range Gun 30mm MSI. Kapal korvet yang ditauliahkan pada tahun 1984 itu turut melakukan pengisian minyak di laut atau Replenishment at sea (RAS) oleh kapal HMAS SUPPLY (A 195) milik Tentera Laut Diraja Australia. Latihan berskala besar sebegini merupakan satu pendedahan yang penting buat warga TLDM khususnya KD Lekir dalam melaksanakan operasi di lautan. Selain daripada itu, ianya dapat mempertingkatkan kemahiran anak kapal dengan menimba pengalaman serta mempelajari taktik pertempuran di laut. Eksasais ini melibatkan 26 negara, 38 buah kapal, 4 kapal selam, 170 pesawat tempur dan 25,000 anggota tentera ini dijangka berakhir pada 4 Ogos ini semenjak ia bermula pada 29 Jun lalu. @TenteraLautDirajaMalaysia #RIMPAC2022 #AirTimes #TLDM #KDLEKIR #RAS