У нас вы можете посмотреть бесплатно Donald Trump Ambil Alih Gaza - Dr. Mat Rofa или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
ISU PALESTIN | Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump memberi amaran sama ada Hamas membebaskan semua tebusan Israel menjelang Sabtu ini, atau beliau akan mencadangkan gencatan senjata di Gaza dibatalkan dan "membiarkan malapetaka tercetus." Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, menyatakan bahawa Israel akan kembali melancarkan pertempuran sengit dan perang berskala penuh sekiranya HMS tidak membebaskan tawanan pada Sabtu, seperti yang dipersetujui dalam fasa pertama gencatan senjata. Pada 11 Februari, HMS menyatakan Israel telah melanggar perjanjian dengan tidak membenarkan bantuan kemanusiaan yang penting memasuki Gaza, terutamanya khemah dan bangunan sementara untuk menempatkan rakyat Palestin yang kehilangan tempat tinggal. Selain itu, melengahkan kepulangan penduduk awam ke utara Gaza, menyerang penduduk dengan pengeboman dan tembakan, melambatkan kemasukan bekalan perubatan yang diperlukan hospital dan bahan untuk membaik pulih kemudahan kesihatan. Namun, Netanyahu menuduh HMS sebagai pihak yang melanggar perjanjian tersebut. Beliau memberi amaran bahawa jika tawanan Israel tidak dibebaskan menjelang tengah hari hujung minggu ini, perang akan disambung semula. Tentera Israel mengesahkan bahawa mereka kini dalam proses meluluskan rancangan untuk kembali berperang. Cuti anggota tentera telah dibatalkan, dan pasukan simpanan turut dipanggil semula di sekitar Gaza sebagai persediaan untuk kemungkinan perang berulang. Sementara itu, para perantara sedang berusaha di belakang tabir untuk menekan kedua-dua pihak agar mematuhi gencatan senjata. Ahli keluarga tawanan Israel berterusan turun ke jalan raya, menuduh Netanyahu cuba menggagalkan perjanjian dan menjadi penghalang utama kepada penyelesaian. Namun, anggota kerajaan sayap kanan Netanyahu menyokong untuk perang semula dengan menyatakan bahawa ini adalah matlamat mereka sejak awal. Minggu ini bakal menjadi detik penentu bagi rantau tersebut, sama ada Israel dan HMS kembali berperang atau melanjutkan tempoh gencatan senjata. Sumber: Al Jazeera. #DonaldTrump #Hamas #Gaza #Palestin 2025 ©️ Hakcipta Terpelihara Dilarang muat naik tanpa kebenaran, hanya share link video dibenarkan. Terima kasih kepada semua penonton yang memberi sumbangan. Semoga murah rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Kepada yang belum dan sudi menyumbang klik sini / @al-imranproduction