У нас вы можете посмотреть бесплатно EP92 [INPERS TVPSS] Program Sentuhan Komuniti Bestari 2025, Perpustakaan Desa Taman Intan Perdana или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
PORT DICKSON, 6 Disember 2025 – Program Sentuhan Komuniti Bestari (SKB) 2025 @ Perpustakaan Desa Taman Intan Perdana berlangsung dengan meriah dan menerima sambutan amat menggalakkan daripada komuniti setempat, dengan anggaran kehadiran lebih 800 orang pengunjung. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Dr. Rajasekaran a/l Gunnasekaran, Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Tanjung merangkap Ahli Lembaga Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan, bersama kehadiran Encik Ramzy bin Md. Taha, Pengarah Bahagian Modal Insan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), Encik Hamdan bin Haji Nordin, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) dan Dr. Ghazali bin Mohamed Fazil, Presiden Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM). Fun Walk Terbuka membuka tirai program SKB hari ini, dengan pelepasannya disempurnakan oleh YB Datuk Faizal bin Ramli, Exco Kerajaan Negeri Sembilan merangkap ADUN Linggi dan Encik Mohd Najib bin Tan Sri Isa, penyelaras DUN Bagan Pinang.Acara ini mendapat sambutan luar biasa dengan penyertaan lebih 400 peserta merangkumi semua peringkat umur. Pelbagai aktiviti menarik turut dianjurkan sepanjang program, antaranya Pertandingan Mewarna Berkeluarga Trail of Knowledge, Pertandingan Masak Lemak Cili Api serta Pertandingan Bercerita Secara Dalam Talian.