У нас вы можете посмотреть бесплатно "Titanic" 2043: Negara Menua, Gen Z Yang Kena Tanggung или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
Isu negara menua dan prasekolah dibincangkan di Podcast YBM #32 Kita sedang bergerak laju ke arah negara menua, dan pendidikan serta prasekolah ialah kunci yang orang sengaja buat-buat tak nampak. Apabila saya katakan Kementerian Ekonomi perlu menyentuh soal pendidikan, ada yang membantah dan menganggapnya sebagai campur tangan. Hakikatnya, ramai yang belum benar-benar memahami peranan perancangan dasar dan hala tuju strategik negara yang terletak di bawah Kementerian Ekonomi, seperti yang termaktub dalam warta dan kerangka perancangan negara. Perancangan negara bukan setakat KDNK atau projek. Bila anak tak cukup, jalan tak cukup, itu semua masalah ekonomi. Pendidikan lebih besar daripada itu kerana pendidikan menentukan produktiviti, gaji, daya saing, dan masa depan negara. Sekarang kita ada “Titanic” yang menanti. Depan kita ada satu “iceberg” besar iaitu “aging nation”. Mengikut unjuran DOSM, sekitar tahun 2043, kita menuju tahap negara tua, lebih kurang 15 peratus rakyat umur persaraan ke atas. Itu 17 tahun saja dari 2026. Apabila negara semakin menua, beban persaraan meningkat kerana rakyat hidup lebih lama. Kos kesihatan turut naik. Yang paling membimbangkan, nisbah orang bekerja semakin kecil. Pada masa inilah generasi “sandwic” terhimpit. Milenial, Gen Z dan Gen Alpha perlu menanggung kos hidup sendiri yang semakin mahal, dalam masa yang sama menyara ibu bapa dan datuk nenek. Beban cukai dan caruman juga akan semakin terasa. Di sinilah silapnya fokus kita. Perkembangan minda paling kritikal berlaku pada umur 4 hingga 9 tahun. Pada usia 4 dan 5 tahun, kanak-kanak paling cepat menyerap bahasa dan membina minat untuk belajar. Namun apabila prasekolah tidak bersifat universal dan tidak percuma, kos tadika menjadi mahal. Yuran RM400 pun sudah dianggap murah. Di bandar, ia boleh mencecah RM600 hingga RM700. Ada yang sehingga RM1,000 sebulan. Akibatnya, keluarga muda mula berfikir dua tiga kali sebelum menambah anak. Apabila bilangan anak berkurang, negara menua dengan lebih cepat. Bila negara menua lebih cepat, potensi ekonomi semakin tersekat. Semua ini saling berkait dan menjadi masalah berangkai. Akan ada yang kata ini urusan KPM, jangan dipolitikkan. Akan ada juga yang kata prasekolah percuma membebankan fiskal. Memang betul, ia ada kos dan risiko jika dilaksanakan secara sambil lewa atau tidak dirancang dengan baik. Tetapi jika kita tidak bertindak, kos yang perlu ditanggung 10 hingga 20 tahun akan datang jauh lebih besar. Beban sebenar bukan ditanggung oleh menteri. Yang akan menanggungnya ialah generasi Gen Z dan milenial, apabila kami yang ada hari ini sudah tua dan bersara nanti. Sebab itu, reformasi pendidikan bukan sekadar satu senarai tugas. Ini isu masa depan negara dan kita masih belum melakukan secukupnya.