У нас вы можете посмотреть бесплатно MAJLIS PENUTUP PROGRAM INDIVIDUAL PHYSICAL TEST AND ENDURANCE TRAINING BAGI PASPA TAHUN 2025 или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
#KEPIMPINAN MAJLIS PENUTUP PROGRAM INDIVIDUAL PHYSICAL TEST AND ENDURANCE TRAINING BAGI PASUKAN KHAS PERTAHANAN AWAM (PASPA) TAHUN 2025 Mari sama-sama kita saksikan sekitar video sorotan majlis yang telah disempurnakan oleh YAS Datuk KPj. (PA) Aminurrahim bin Mohamed, Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bertempat di Padang Kawad Ibu Pejabat Pertahanan Awam pada 06 Februari yang lalu. Turut hadir, YAS TPj. (PA) Hj. Abdul Wahab bin Hj. Rahim, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) APM bersama YAS TPj. Bersekutu (PA) Dato' Ismail bin Mohd Zawawi, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan) APM, YS PPj. (PA) Ts. Dr. Mohamad Fazli bin Sardi, Pengarah Bahagian Pengurusan Angkatan IPPA, YS Kol. (PA) Fazlisyah bin Muslim, Pengarah Bahagian Pengurusan Latihan IPPA, Lt. Kol. (PA) Roydee bin Abdul Rahman, Timbalan Komandan Akademi Latihan Pertahanan Awam (ALPHA), Pegawai Kanan APM, Pegawai dan Anggota APM serta warga kerja IPPA. Majlis dimulakan dengan Sesi Pemeriksaan Perbarisan Tamat Latihan oleh YAS Datuk Ketua Pesuruhjaya APM diiringi Lt. Kol. (PA) Mohd Huzaimi bin Raup, Timbalan Pengarah APM Negeri Johor bersama Pegawai Perbarisan. Majlis diteruskan pula dengan Sesi Penyampaian Sijil Penglibatan Operasi Sepanjang Tahun 2024 kepada 11 orang Pegawai dan Anggota PASPA atas penglibatan mereka dalam operasi sepanjang tahun 2024. Turut diadakan Sesi Penyampaian Sijil Kepujian Ketua Pesuruhjaya (SKKP), Sijil Perkhidmatan Cemerlang Pasukan (SPC) dan Sijil Penghargaan Jabatan (SPJ) kepada 9 orang Pegawai dan Anggota PASPA. Dalam pada itu, turut diadakan Majlis Pentauliahan dan Pemakaian Beret Biru Pegawai Waran PASPA kepada Sjn. Mej. 1 (PA) Mustafa Kamal bin Saleh @ Ibrahim, Pegawai Waran Akademi Latihan Pertahanan Awam (ALPHA). Untuk makluman, pentauliahan beliau sebagai Pegawai Waran PASPA adalah berasaskan penilaian terhadap ciri-ciri kepimpinan serta pengalamannya yang meluas khususnya dalam aspek latihan dan kepakaran kemahiran. Beliau merupakan Jurulatih PASPA bermula Siri 1 Tahun 2008 hingga Siri 5 Tahun 2024 dan berjaya melatih 161 orang Pegawai dan Anggota PASPA serta Jurulatih PASKAU dan PASPA. Pelantikan beliau ini akan dipertanggungjawab secara terus kepada Unit Pasukan Khas Bahagian Pengurusan Bencana dan Operasi IPPA sebagai Penasihat dalam aspek yang melibatkan Hal Ehwal Anggota PASPA. Tahniah dan syabas diucapkan kepada beliau dan selamat menjalankan tugas. Untuk makluman, latihan ini merupakan anjuran Bahagian Pengurusan Bencana dan Operasi IPPA yang diadakan selama 3 hari bermula 04 hingga 06 Februari 2025 (Selasa hingga Khamis) yang melibatkan penyertaan peserta seramai 122 orang terdiri daripada Pegawai dan Anggota Pasukan Khas Pertahanan Awam (PASPA). #APMsanasini #APM #SediaPantasBerintegriti #KerajaanMadani #PekaAmaran #KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama #MonsunTimurLaut2025 #TaatSetia **