У нас вы можете посмотреть бесплатно Tips Beli, Tanam dan Jaga Pokok AMV, ALOCASIA GUINEA GOLD 916 dan COLOCASIA WHITE LAVA или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
Pokok kayangan adalah gelaran yang sering digunakan oleh ramai orang ke atas pokok hiasan yang berharga ratusan ringgit hingga mencecah ribuan ringgit. Terdapat peningkatan permintaan ke atas pokok-pokok kayangan ini susulan kenaikan mendadak harganya ekoran permintaan daripada negara jiran seperti Thailand yang meningkat. Pokok-pokok hiasan seperti alocasia macrorrhiza variegata (AMV), alocasia guinea gold (alocasia 916) dan colocasia white lava antara yang menjadi buruan peminat pokok hiasan. Secara amnya, alocasia dan colocasia mempunyai perbezaan dari segi penjagaan yang harus diketahui oleh bakal pemilik. Ikuti cara membeli, menanam dan penjagaan pokok-pokok ini supaya pembelian pokok ini memberikan pulangan yang berbaloi dengan setiap ringgit yang dikeluarkan hanya di Pokok Hijau Channel! -------------------------------------------------- Mengenai Pokok Hijau Channel Peminat dan pencinta landskap, kebun, halaman dan pertanian di Malaysia. Kerja landskap, kebun, halaman dan pertanian yang nampak kotor dan biasa sebenarnya memberikan kepuasan sekiranya dibuat dengan penuh tekun serta minat dan sudah pasti menjanjikan seribu kepuasan dan merupakan terapi kepada ramai peminat. Nantikan tips percuma membentuk landskap dan halaman yang cantik terutamanya peminat konsep tropika atau tropical garden atau dikenali sebagai balinesse landscape. Juga tips percuma kebun dan pertanian yang sangat penting untuk membentuk halaman dan landskap yang cantik. Selamat berlandskap dan membentuk halaman idaman serta berkebun dan bertani semua! sila ikuti Pokok Hijau Channel di media sosial untuk sebarang info terkini / pokokhijau.channel / pokokhijauchannel subscribe Pokok Hijau Channel di YouTube / @pokokhijauchannel