У нас вы можете посмотреть бесплатно KD Lekir lakar sejarah buat negara - Komander Mohd Asri Dasman или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
Buat julung kalinya Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) melalui KD Lekir diberi penghormatan untuk melaksanakan penembakan misil EXOCET MM40 dalam Eksesais Rim of the Pacific (RIMPAC) 2022 yang dilaksanakan di Hawaii, Amerika Syarikat. Pegawai Memerintah KD Lekir, Komander Mohd Asri Dasman berkata, sejarah akan terlakar yang mana buat pertama kalinya kapal TLDM di beri penghormatan untuk laksana penembakan misil di luar perairan Malaysia. "Penyertaan dalam eksesais pada kali ini membuktikan kesediaan dan komitmen TLDM ke arah memperkasakan diplomasi pertahanan di peringkat antarabangsa,” katanya. KD Lekir telah membuat pelayaran selama 99 hari untuk latihan peperangan maritim skala besar yang bermula pada 29 Jun hingga 4 Ogos depan di Hawaii. Penyertaan KD Lekir adalah pembabitan kedua selepas KD Lekiu menyertainya pada kali pertama tahun 2018. KD Lekir telah memulakan pelayaran dari Tambatan Pangkalan Lumut (TPL) pada 30 Mei lalu dan dijadual pulang semula pada 6 September depan selepas selesai menjalani eksesais. #AirTimes #Malaysia #KDLEKIR #MPABarat #RIMPAC2022