У нас вы можете посмотреть бесплатно KRU & Edrie Hashim - Fobia & Salah Siapa? medley (live) Konsert GenKRU The Finale или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
Penyanyi dan komposer, Malique Ibrahim memberi bayangan akan hadir ke Konsert GenKRU The Finale: One More Time di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 22 November ini. Menerusi hantaran Instagram, Malique menunjukkan dua keping tiket konsert berserta kapsyen, "It’s been a while. See you this Saturday." KUALA LUMPUR – Kumpulan ICON dan KRU mengumumkan penganjuran siri konsert genKRU The Finale: One More Time sebagai tanda penghargaan kepada para peminat yang telah bersama mereka sepanjang perjalanan seni kumpulan tersebut. Penganjur memaklumkan bahawa konsert ini menjadi salah satu bentuk ucapan terima kasih atas segala kenangan yang dicipta bersama peminat sejak awal pembabitan mereka dalam industri muzik. Konsert berkenaan dijadualkan berlangsung pada 22 November 2025, pukul 8.30 malam, bertempat di Stadium Hoki Bukit Jalil. Venue tersebut dipilih sebagai lokasi baharu untuk mengabadikan detik bersejarah sebelum tirai 2025 dilabuhkan. Menurut penganjur, peminat dijangka hadir dengan persediaan penuh termasuk vokal terbaik, gaya era 90-an serta penguasaan lirik lagu yang sudah sebati dengan mereka sejak sekian lama. Konsert ini turut digambarkan sebagai penutup diari 2025 yang signifikan buat penggemar karya KRU. Tiket konsert boleh diperoleh melalui laman sesawang Ticket2U dengan jualan umum akan dibuka bermula Jumaat, 3 Oktober 2025 pada jam 11.00 pagi. Konsert genKRU The Finale dijangka menghimpunkan peminat lama dan baharu serta menjadi medan untuk menyampaikan penghormatan terakhir kepada salah satu kumpulan paling berpengaruh dalam industri muzik Malaysia. Penganjur menutup pengumuman dengan memetik sebahagian lirik ikonik kumpulan itu sebagai simbol nostalgia dan kesinambungan legasi mereka: “We jam… you’ve gotta know who’s the man. We’ve been doin’ it for years, been savin’ up for ya. Come on everybody, swing.” https://backstagemy.net/2025/10/01/ko...