У нас вы можете посмотреть бесплатно Ucapan Anwar Ibrahim di Sekolah Agama Rakyat KAFA Saidatina Aisyah di Taman Harmoni, Bentong или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
Bersama di KAFA Saidatina Aisyah di Taman Harmoni, Bentong untuk meraikan pelajar, guru dan ibu bapa. Alhamdulillah, ketemu teman-teman lama yang bersama membina gerakan pendidikan masyarakat sejak awal. Pusat pendidikan seperti KAFA Saidatina Aisyah adalah antara inisiatif ABIM yang digerakkan bagi memenuhi keperluan asas agama di peringkat awal, sebagai akar kepada kebangkitan dan pembentukan generasi muda yang berjati diri. Kita mendambakan anak muda yang terpahat imannya, diperkaya dengan ilmu dan disemai roh perjuangan. Anak muda yang keyakinan sanubarinya utuh kepada Allah, lalu melahirkan keberanian berfikir, bertindak dan memimpin dengan nilai. Kerana itu Kerajaan MADANI terus mendukung KAFA kerana pendidikan asas inilah yang membina akidah, membentuk akhlak dan nilai, seterusnya melahirkan disiplin, kerajinan serta keberanian meneroka bidang baharu, termasuk memperteguh semangat menegakkan kebenaran dan keadilan. Dalam kerangka negara MADANI, kita mahu kemajuan teknologi, digital dan kecerdasan buatan bergerak seiring dengan ihsan, rahmah dan nilai kemanusiaan agar pembangunan tidak terpisah daripada akar dan adab. Justeru, Kerajaan menyalurkan sumbangan RM100,000 bagi membantu keperluan dalam pengukuhan pembelajaran di KAFA Saidatina Aisyah. Kepada anak-anak, teruslah mendengar nasihat ibu bapa, rajin menimba ilmu dan memperkukuh hafalan. Mudah-mudahan masa depan kita lebih baik dan diberkati, Insya-Allah.