У нас вы можете посмотреть бесплатно Kelate Bumi Bertuah Official Video Clip или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
• Kelate Bumi Bertuah Official Video Clip Lagu ini menggambarkan atau menceritakan betapa bertuahnya dilahirkan sebagai anak Kelantan yang semestinya mempunyai perbezaan & keunikannya tersendiri. Bermula dari cara hidup, keturunan, kebudayaan, ekonomi, keharmonian, pelancongan, tempat menarik, pergaulan masyarakat setempat yang tidak mengira bangsa dan agama, saling hormat menghormati satu sama lain dan banyak lagi. Lagu ini juga menjelaskan rakyat kelantan menggelarkan diri mereka sebagai "Anok Kelate" yang mana semua bangsa (cina, india, melayu dan siam) yang ada di negeri kelantan lancar bertutur dalam bahasa tempatan atau "lorat kelate" walaupun berlainan bangsa & agama. Selain itu, Lagu ini juga bertujuan membuktikan bahawa penggiat-penggiat seni Kelantan juga mampu berkarya dan bersaing sebaris dengan artis-artis arus perdana masa kini. Sepertimana yang kita sediamaklum, penggiat seni suara di Kelantan terkenal dengan lagu-lagu saduran atau lagu CC dari lagu-lagu popular sedia ada dan hanya di ubah lirik menjadi bahasa atau lorat Kelantan kepada satu tema yang lain. Secara tidak langsung ia memberi emej yang kurang baik untuk perkembangan seni di Kelantan. Harap dengan terciptanya lagu KELATE BUMI BERTUAH yang bergenre Etnik Kreatif ini mampu membuka mata semua pihak terutama bakat-bakat atau pelapis-pelapis baru di kelantan khususnya untuk berkarya dengan lebih matang dan tidak hanya bergantung kepada lagu saduran semata-mata. Semoga karya ini diberi ruang dan peluang untuk bernafas di dalam industri hiburan tempatan dan seterusnya menjadi titik mula khususnya kepada penggiat seni Kelantan supaya kearah yang lebih baik dan disegani. KELATE BUMI BERTUAH Lagu : Him Rintingmas & Poyie Gasi Lirik : Him Rintingmas & Poyie Gasi Studio Rakaman : Dominant Studio Suntingan : Artmedia Production Vokal : Him Rintingmas feat. Poyie Gasi