У нас вы можете посмотреть бесплатно INGATKAN MELAYU JAGA MELAYU! ZAMAN PN SEWA BAZAR RM2K-RM10K WOW! или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
Pada 23 Januari lalu, Menteri Wilayah Persekutuan Hannah Yeoh mengumumkan berita yang melegakan banyak peniaga bazar Ramadan. Kadar sewa tapak bazar Ramadan 2026 di bawah seliaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan diturunkan daripada RM500 kepada RM400 untuk meringankan kos penjaja kecil. Pengumuman itu menuai pujian ramai terutama dalam kalangan peniaga yang menyokong usaha baik Hannah Yeoh dalam menjaga kebajikan peniaga.Di platform Threads, seorang peniaga bazaar jalan Tuanku Abdul Rahman, @tanne_adee berkongsi cerita bagaimana para peniaga bersorak saat pengumuman dibuat. “Kau tengok @hannahyeoh ambil portfolio menteri wilayah, aku dapat info masa cabut undi bazaar Ramadhan hanya RM400 je harga 1 tapak. “Bersorak riang peniaga yang kebanyakannya Melayu sahabat sahabat aku semua tu. sebab aku pun lahir sebagai peniaga di bazaar jalan Tuanku Abdul Rahman,” tulisnya. Dia turut mengucapkan terima kasih kepada Hannah Yeoh sambil mengenang kembali bagaimana harga tapak bazar sebelum ini boleh mencecah minimum RM5,000. “Dulu harga atas tangan paling murah RM5,000 dan ke atas sampai berpuluh ribu. Terima kasih YB menteri, asalkan anda tidak nafikan hak majoriti dan tak rembat duit, saya skkong sahaja. Sebab nampak hasil bukan cekau duit rakyat,” tambahnya lagi. Pada masa sama, beberapa pihak turut memberi kredit kepada Menteri Wilayah sebelum ini, Dr Zaliha Mustafa yang memulakan langkah menghapuskan orang tengah sehingga harga tapak bazar dapat dikurangkan. Menjengah ke ruangan Facebook Hannah Yeoh pula, ramai yang menyedari bahawa beliau telah memberi contoh baik apabila menjadi antara menteri yang menjalankan tugas dengan komitmen dalam membela rakyat. https://harapandaily.com/2026/01/25/i... Join this channel to get access to perks: / @oraitnopochannel