У нас вы можете посмотреть бесплатно YS024 - Go! Go! Covid-19: Fun XTVT during MCO или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
Bermain adalah satu proses semulajadi. Melalui proses bermain, kanak-kanak berpeluang membina perkembangan fizikal, emosi, mental dan sosial secara seimbang. Pada masa yang sama, dunia digegarkan dengan pandemik Covid-19 dan sesi bermain adalah salah satu wadah pengisian sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Tambahan pula, kanak-kanak masa kini terlalu banyak terdedah dengan skrin telefon pintar, tablet, komputer dan sebagainya. Akibatnya, berlaku peningkatan yang serius dan membimbangkan bagi gejala gangguan defisit. Sehubungan itu, bantuan nasihat, pemerhatian dan perbincangan dengan Play Leader, KinderKaizen Arau, satu siri aktiviti-aktiviti seperti eksperimen sains, bermain comot, bermain sensori, bermain blok, dan sebagainya, telah didokumentasikan di dalam akaun sosial media peribadi dengan tanda #Humairazainon sebagai salah satu kaedah pemantauan terhadap perkembangan emosi dan kemahiran sosial (EQ) ke atas seorang anak, Humaira Zainon. Dipercayai bahawa pendekatan belajar sambil bermain mampu meningkatkan fokus untuk tempoh masa yang lebih lama dan membina memori yang berpanjangan, terutamanya di kalangan kanak-kanak. Diharapkan inovasi ini dapat membantu anak-anak kita dalam mengharungi kehidupan yang penuh mencabar tetapi ceria di dalam musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini