У нас вы можете посмотреть бесплатно Gadis Melayu Bertudung Merelakan Diri Dipeluk & Dicium Oleh KPop B1A4 Depan Khalayak Ramai или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
Konsert K-Pop yang bertajuk "Let’s Fly! with B1A4 & Acer" yang diadakan di Kuala Lumpur dua hari lepas telah menyaksikan beberapa insiden dimana gadis-gadis Melayu yang rata-ratanya bertudung telah naik ke pentas dan dicabul oleh anggota-angota K-Pop. Anehnya, gadis-gadis Melayu tersebut seperti membiar dan merelakan diri mereka dicabul dan dipeluk setra diperlakukan dengan perbuatan tidak senonoh tersebut di depan khalayak ramai. Bukan seorang tetapi jika ditonton di dalam video berkenaan terdapat beberapa gadis Melayu bertudung melakukan perbuatan sumbang tersebut. Menteri Belia dan Sukan, Khairi Jamaluddin atau KJ hari ini menyindir gadis-gadis belia yang meminati Kpop dengan menasihati mereka agar mencari lelaki yang tinggi, berkulit gelap dan tampan berbanding artis Kpop yang berkulit putih pucat, kurus dan juga 'cantik'. KJ menyatakan perkara itu di dalam akaun Twitternya dengan memuat naik status berbunyi "Banyak dikatakan ttg Kpop. Harap gadis2 Msia kembali kpd lelaki tall, dark & hensem. Bukan pale, skinny & pretty. Itu bukan lelaki sejati." Laman Twitter kini dihujani dengan hashtag #menentangkejahatankpop hasil dari penyebaran video yang memaparkan beberapa gadis malaysia bertudung dipeluk dan dicium oleh artis Kpop dari kumpulan B1A4 yang dianggotai oleh Jung Jin Young, Shin Dong Woo, Lee Jung Hwan, Cha Seon Woo dan Gong Chan Sik. Seorang pengguna Facebook, Mathis Maim, menulis: "Walaupun saya bukan seorang yang beragam Islam, saya sendiri malu tengok benda ni. Apa yang sebenarnya dah terjadi dengan rakan2 kita ni?? Adakah masyarakat kita, bangsa Malaysia lebih mengagungkan budaya sekular yang dibawa pengaruh barat ini? Bukan sekadar memalukan agama Islam sendiri namun memalukan budaya bangsa Malaysia yang bersopan santun dan berintegriti dalam menjaga maruah diri."