У нас вы можете посмотреть бесплатно Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Parti KDM N.5 Matunggong, N.6 Bandau dan N.7 Tandek 2025 или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
Sabtu, 04 Oktober 2025 Dewan Terbuka Matunggong Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) bagi kawasan N.05 Matunggong, N.06 Bandau dan N.07 Tandek telah dirasmikan oleh Timbalan Presiden Parti KDM Sabah, YB Datuk Wetrom Bahanda yang juga Ahli Parlimen P.168 Kota Marudu merangkap ADUN N.06 Bandau. Majlis bersejarah ini yang diadakan di Dewan Terbuka Matunggong mendapat sambutan luar jangkaan daripada rakyat kawasan Kota Marudu khususnya di N.5 Matunggong. Kehadiran ribuan masyarakat pelbagai lapisan menunjukkan keyakinan dan sokongan mereka yang semakin utuh terhadap perjuangan parti KDM. Gelombang rakyat yang hadir, dianggarkan lebih 8,000 orang, telah memberi semangat luar biasa kepada seluruh jentera parti. Suasana penuh kemeriahan dengan sorakan, kibaran bendera dan laungan semangat perjuangan yang menggetarkan dewan. Dalam ucapan perasmian, YB Datuk Wetrom Bahanda menegaskan bahawa kebangkitan rakyat ini adalah isyarat jelas bahawa parti KDM semakin diterima sebagai wadah perjuangan masa depan Sabah pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) Sabah. Beliau menyeru agar seluruh jentera terus bergerak seiring dengan rakyat untuk memastikan suara kawasan pedalaman sentiasa terbela. Acara turut diserikan dengan kehadiran barisan pimpinan parti di peringkat negeri yang bersama-sama menunjukkan sokongan padu. Kehadiran mereka juga menjadi bukti bahawa perjuangan KDM semakin kukuh dan mendapat dokongan menyeluruh. Terima kasih kepada seluruh barisan ahli jawatankuasa parti KDM Kota Marudu, khususnya di N.5 Matunggong, yang telah bertungkus lumus menjayakan majlis bersejarah ini. Pengorbanan, kesungguhan dan semangat juang mereka menjadi nadi penggerak kekuatan parti. Semoga pelancaran ini menjadi pemangkin untuk menguatkan lagi semangat jentera parti KDM menjelang PRN17 yang kian hampir. Gelombang sokongan yang terpancar di N.5 Matunggong diyakini akan terus meluas ke seluruh kawasan Kota Marudu dan Sabah secara keseluruhannya. #datukwetrombahanda #parlimenkotamarudu #kotamaruduberubah #suarakotamarudu #n.5Matunggong