У нас вы можете посмотреть бесплатно Dasar KASIH Keluarga Negara(DKKN)dan Pelan Tindakan Keluarga Negara 2026–2030 - Ucapan Anwar Ibrahim или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
Saya telah meluncurkan Dasar KASIH Keluarga Negara (DKKN) dan Pelan Tindakan Keluarga Negara 2026–2030, dengan satu keyakinan yang jelas bahawa kesejahteraan negara tidak boleh hanya diukur melalui angka pertumbuhan atau pembangunan fizikal semata, tetapi mesti mencakup aspek jiwa, kestabilan emosi dan keharmonian institusi kekeluargaan. Negara boleh mencatat prestasi terbaik di ASEAN, ringgit boleh mengukuh, tetapi jika keluarga rapuh, masyarakat akan tetap goyah. Keluarga adalah unit asas dalam pembentukan sahsiah dan nilai. Justeru, apabila keluarga kukuh, masyarakat akan teguh dan negara lebih berdaya tahan menghadapi cabaran sosial serta ekonomi. DKKN digarap sebagai kerangka dasar sosial yang komprehensif, berpaksikan nilai KASIH iaitu Kasih Sayang, Akhlak, Sihat dan Selamat, Ilmu serta Harmoni yang merangkumi keseluruhan kitaran hayat keluarga daripada perkahwinan hingga kepada penyelesaian konflik. Pendekatan ini lantas inklusif dan responsif terhadap realiti semasa, termasuk cabaran keluarga rentan agar tiada yang tercicir daripada usaha pemerkasaan. Seiring dengan itu, Skim Insurans Kesejahteraan Rakyat (SIKR) diteruskan sebagai jaringan keselamatan sosial untuk melindungi isi rumah yang layak daripada musibah yang tidak dijangka. Walhasil, institusi kekeluargaan mesti dilindungi, malah diperkasa demi kestabilan sosial dan masa depan negara.