У нас вы можете посмотреть бесплатно MAVIC AIR | TANJUNG PENGELIH PART 2 ( jeti tj.pengelih )😎 или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
Jeti ubah wajah Tanjung Pengelih Kemudahan beri impak besar kepada penduduk Pengerang PENGERANG: Pembukaan rasmi Jeti Penumpang dan Marina Awam Tanjung Pengelih di sini, memberi makna besar dan membuka lembaran baru kepada jeti yang sudah digunakan oleh penduduk Pengerang sejak negara belum merdeka. Ia kerana jeti yang dibina pada 1936 itu pernah beberapa kali dicadangkan supaya ditutup kerana saingan daripada Jeti Tanjung Belungkor dekat sini dan dikatakan berbahaya apabila pusat latihan tentera KD Sultan Ismail dibuka berhampiran. Atas desakan dan tentangan sebahagian besar penduduk kampung tradisional di Pengerang, cadangan penutupan itu tidak menjadi kenyataan. Sebaliknya, kerajaan menaik taraf jeti dengan menyediakan kemudahan serba lengkap dengan kos RM39 juta, yang memberi khabar gembira kepada penduduk sekali gus mengubah wajah Tanjung Pengelih serta memberi impak besar kepada penduduk. Kompleks yang mula dibina pada 2006 dan siap tahun lalu itu dilengkapi kemudahan untuk pelbagai saiz bot penumpang awam dan kapal layar berlabuh, serta 31 bayi itu juga membuatkan jeti yang asalnya hanya dikenali sebagai jeti penumpang, kini menyediakan kemudahan Marina Awam untuk pemilik bot dan kapal layar persendirian. Ia turut dilengkapi jeti sepanjang 36.4 meter, kemudahan KIK yang menempatkan empat jabatan kerajaan, iaitu Jabatan Laut, Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Jabatan Kesihatan. Terdapat juga restoran, Kelab Marina, kedai serba guna dan kemudahan letak kereta yang luas. Untuk tujuan menarik lebih ramai pelancong, sempena perasmian kompleks itu oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat pada 16 Mei lalu, kerajaan meluluskan satu lagi laluan baru feri iaitu dari Tanah Merah, Singapura ke Tanjung Pengelih. Perkhidmatan itu memberi alternatif baru kepada penduduk Pengerang untuk ke negara jiran di selatan tanah air. Setakat ini, laluan feri sedia ada ialah daripada Changi ke Tanjung Belungkor dan perkhidmatan bot penumpang lama (bum-bots) juga ke Changi, yang beroperasi sejak 50 tahun lalu.