У нас вы можете посмотреть бесплатно Majlis Khatam Al-Quran Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Terengganu или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗣𝗘𝗡𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔𝗡 𝗡𝗜𝗟𝗔𝗜-𝗡𝗜𝗟𝗔𝗜 𝗠𝗨𝗥𝗡𝗜 𝗗𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗞𝗛𝗔𝗧𝗔𝗠 𝗔𝗟-𝗤𝗨𝗥𝗔𝗡 𝗪𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗜𝗠𝗜𝗚𝗥𝗘𝗦𝗘𝗡 𝗧𝗘𝗥𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗨 𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗧𝗘𝗥𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗨, 𝟱 𝗡𝗼𝘃𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟱 - Program Penerapan Nilai-Nilai Murni dan Majlis Khatam Al-Quran Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Terengganu telah diadakan pada 5 November 2025 bertempat di Surau Kuarters Imigresen Kuala Terengganu. Program ini dianjurkan oleh Kelab Imigresen Negeri Terengganu (KINT) dengan sokongan Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Terengganu bagi menyemai semangat keagamaan, mengukuhkan silaturahim serta memperkasakan budaya kerja berteraskan nilai Islam dan kekeluargaan. Program bermula seawal jam 10.00 pagi dengan aktiviti gotong-royong dan rewang memasak di kawasan kuarters melibatkan penyertaan seramai 150 warga jabatan termasuk ahli keluarga dan anak-anak kakitangan. Seramai 13 anak-anak kakitangan telah berjaya menamatkan bacaan Al-Quran manakala 27 lagi sedang mengikuti pembelajaran Al-Quran di bawah bimbingan tenaga pengajar masing-masing. Majlis utama dimulakan selepas solat Maghrib berjemaah dengan bacaan Khatam Al-Quran, persembahan qasidah dan tazkirah agama. Turut hadir dan menyempurnakan penyampaian cenderahati kepada para peserta ialah YBrs. Tuan Mohd Yusri bin Mohd Nor, Pengarah Imigresen Negeri Terengganu yang juga Yang Dipertua Kelab Imigresen Negeri Terengganu (KINT). Program ini bukan sahaja memperkukuh ukhwah antara warga jabatan malah turut menggalakkan pembentukan peribadi berakhlak mulia dan suasana harmoni dalam komuniti Imigresen Terengganu. #Imigresen #PERKASA #JIM #Terengganu #BEREH #ImigresenPerkasa #MalaysiaMadani #KDN_TogetherWeAreOne #KeselamatanTanggungjawabBersama