У нас вы можете посмотреть бесплатно KUFJM25 - Lelaki B15 Akhir - SMK Majakir lawan SMK Kinarut Ultimate Flying Disc или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
KEJOHANAN ULTIMATE FRISBEE JEMPUTAN MAJAKIR 2025 PERLAWANAN AKHIR KATEGORI LELAKI B15 - SMK MAJAKIR melawan SMK KINARUT - MAJAKIR INVITES CHAMPIONSHIP 2025 FINALS - SMK MAJAKIR VS SMK KINARUT FRISBEE ------------------------ Pertandingan Sukan Ultimate Frisbee sekolah menengah kategori LELAKI B15, Akhir , SMK MAJAKIR menentang SMK KINARUT. Perlawanan No.40. Pertandingan frisbee ini diadakan pada 24 Julai 2025 di padang SMK Majakir, Papar, Sabah. Kejohanan Ultimate Frisbee Jemputan Majakir 2025 (KUFJM 2025) edisi kedua ini memberi peluang pelajar-pelajar sekolah menengah berumur 15 tahun ke bawah dari pelbagai daerah Sabah bertanding dalam sukan frisbee (ultimate frisbee). Sebanyak 8 buah sekolah menengah telah dijemput menyertai, termasuk tuan rumah iaitu: 1. SMK Majakir, Papar (penganjur) 2. SMK Kinarut, Papar 3. SMK Benoni, Papar 4. SMK Kimanis, Papar 5. SMK Membakut, Beaufort 6. SMK All Saints, Kota Kinabalu 7. SMK Sri Nangka, Tuaran 8. SMK St. Mary, Limbahau, Papar Sukan Ultimate Frisbee merupakan sukan yang kompetitif tetapi tanpa sentuhan (non-contact sport) yang mula menambat hati ramai pelajar mahupun orang ramai. Ramai pelajar dari Daerah Papar dan Membakut, yang dijemput bertanding, sebenarnya baru didedahkan dengan sukan ini melalui Klinik Bakat Sukan Frisbee Peringkat Negeri Sabah anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, yang dikelola oleh SMK Majakir pada 6 Jun 2024 tahun lepas. Difahamkan sebahagian pelajar dari daerah lain, telah ada pengalaman bertanding dalam kejohanan sebelum ini, walaupun ada juga di kalangan pemain itu juga baharu menyertai sukan frisbee ini. Terima kasih tidak terhingga kepada semua yang terlibat menjayakan pertandingan frisbee anjuran KELAB ULTIMATE FRISBEE dan UNIT KO-KURIKULUM SMK MAJAKIR. Usaha telah dibuat untuk mendapat pengiktirafan JPN Sabah sebagai penyertaan di peringkat negeri. Catatan teknikal rakaman: Rakaman menggunakan kamera aksi, insta360 X4 dan X3 milik peribadi. Kamera di letakkan di antara padang, A, B dan C bagi membolehkan rakaman serentak dilakukan. Selain itu, untuk mengelakkan peletakan kamera saya tidak mengganggu acara, saya terpaksa meletakkannya jauh dari gelanggang perlawanan, padang A dan B. Namun begitu, untuk mengekalkan ketahanan bateri dan kawalan suhu camera yang terdedah kepada cahaya matahari sepanjang hari, beberapa perkara perlu saya pertimbangkan. Antaranya ialah menurunkan kualiti rakaman dari 8K ke 5.7K/30. Sentiasa memantau rakaman (melihat lampu LED merah menyala) oleh diri sendiri mahupun oleh petugas. Atas faktor tersebut, majoriti rakaman saya tidak mempunyai kualiti HD yang diharapkan. Malah ianya seperti kualiti 720p atau 1080p, maklumlah kerana kesemuanya terpaksa di ZOOM in untuk membolehkan ia dipersembahkan seperti video ini. Juga, saya terpaksa membuat pelarasan cahaya yang agak konvensional, di mana lebih mengutamakan aksi atas padang berbanding penetapan cahaya pada video ini. #kejohananultimatefrisbeejemputanmajakir2025 #majakirinvitational #flyingdiscjuniorchampionship #kejohananjemputanmajakir #frisbeesabah #ultimatesabahschool #sekolahmenengahultimate #frisbeesmkmajakir #frisbeesmkkinarut #frisbeesmkbenoni #frisbeesmkstmary #frisbeesmkallsaintspheonix #frisbeesmkmembakut #frisbeesmksrinangka #frisbeesmkkimanis #sabahultimatefrisbee #budakfrisbee #jpnsabah #ultisabahtv #ultisabahdottv #ultimatefrisbee #insta360x4 #ritz2create @ultisabahtv untuk video frisbee yang lain. vtt : @ritz2create dan @ultimatefrisbeesabahtv